Abstract
Para ulama Uṣūl al-Fiqh telah menggariskan prosedur yang khusus dalam menjadikan Āyāt al-Aḥkām sebagai argumentasi kepada sesuatu masalah. Nas-nas tersebut kemudiannya perlu melalui tiga peringkat iaitu peringkat berkaitan dengan kaifiat pendalilan dan istinbat, peringkat taṣḥīḥ natijah pendalilan dan peringkat mengeluarkan fatwa yang setiap satunya mempunyai ḍawābiṭ tersendiri yang perlu diraikan oleh seorang mufti atau penyelidik. Artikel ini mengemukakan satu prosedur dalam menjadikan Āyāt al-Aḥkām sebagai argumentasi kepada masalah Islam semasa yang boleh dimanfaatkan oleh para mufti, ahli panel kajian syariah, penyelidik dan mereka yang terlibat secara langsung dalam pembinaan fatwa dan pembentukan ṣīghahnya dalam menetapkan hukum bagi masalah Islam semasa di negara ini. Pendalilan dalam bahasa Arab disebut sebagai al-Istidlāl. Dari sudut bahasa, al-Istidlāl bermakna menuntut petunjuk dalil (طلب دلالة الدليل). Huruf Alif, Sin dan Ta’ di pangkal perkataan tersebut di atas wazan استفعال yang bermakna tuntut. Perkataan dilālah adalah kata terbitan daripada دلّ، يدلّ، دلالة dengan makna petunjuk (الإرشاد) manakala dalīl ialah petunjuk dan penyampai kepada sesuatu yang dituntut (المرشد والموصول إلى المطلوب). Ia juga ditakrifkan dengan memberitahu atau menyampaikan kepada hakikat sesuatu dan dengan berpindahnya pemikiran akal daripada suatu yang diketahui kepada suatu yang tidak diketahui. Perkataan ini juga membawa makna mengambil atau menjadikan sesuatu sebagai dalil (اتخاذ دليلا).
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Daud, Mahyudin muhyi@um.edu.my Abdullah, Ahmad Najib dr_najib@um.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 349-359 |
| Keywords: | Fatwas, Islamic law, Qur'an |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131990 |
