Kajian terhadap agensi dalam pengendalian penetapan harga pakej umrah

Mohamed Zin, Nazmi and Wan Mustafa, Wan Muzlaina and Wan Fauzi, Wan Noor Asmuni and Ariffin, Muhaniza Zainal and Awang @ Ab Rahman, Nurul Hidayah (2018) Kajian terhadap agensi dalam pengendalian penetapan harga pakej umrah. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.3: 22. pp. 333-336. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Ibadah umrah merupakan salah satu ibadah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut dalam Islam. Dalam kalangan umat Islam di Malaysia kini, ramai yang sanggup membelanjakan wang ringgit dengan tujuan menunaikan ibadah umrah, hasilnya ramai yang kecewa kerana ketidakpuasan hati terhadap pakej umrah yang disediakan oleh agensi-agensi tertentu. Banyak pakej yang ditawarkan dengan kadar harga yang tinggi sedangkan perkhidmatan yang diberikan amat mendukacitakan, akan tetapi terdapat juga agensi yang sanggup mendapat keuntungan yang sedikit untuk menarik perhatian jemaah memilih agensi mereka. Oleh sebab itu, Kajian ini dilakukan untuk membuktikan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi sesebuah agensi dalam menentukan kadar harga pakej antaranya ialah pakej-pakej eksklusif yang ditawarkan sesebuah agensi, kepakaran dalam pengurusan dan pengendalian mutawwif serta agensi-agensi yang berprestij dan sinonim dengan masyarakat setempat. Kajian ini juga menjelaskan dalil-dalil berkaitan kelebihan umrah, pandangan fuqaha’ serta hujah mereka mengenai keutamaan dalam melaksanakan umrah. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif. Melalui metode ini, dalil-dalil, pendapat ulama’ silam dan kontemporari serta kajian-kajian lepas digunakan. Hasil daripada kajian ini akan mendapati faktor-faktor kadar yang ditetapkan oleh agensi lebih mendominasikan keuntungan berbanding dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Di akhir kajian, cadangan kepada pihak yang bertanggungjawab menetapkan garis panduan untuk penetapan faktor yang menyumbangkan kepada kadar bayaran pakej umrah. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed Zin, Nazmi
UNSPECIFIED
Wan Mustafa, Wan Muzlaina
UNSPECIFIED
Wan Fauzi, Wan Noor Asmuni
UNSPECIFIED
Ariffin, Muhaniza Zainal
UNSPECIFIED
Awang @ Ab Rahman, Nurul Hidayah
nurul659@kelantan.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Shrines, sacred places, etc.
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) > Travel agencies and clubs
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 333-336
Keywords: Consumer protection, Travel agents, Umrah
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131987
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 131987.pdf] Text
131987.pdf

Download (2MB)

ID Number

131987

Indexing

Statistic

Statistic details