Faedah zikir terhadap gaya hidup beragama staf bukan akademik: satu kajian kes di UiTM Cawangan Kelantan

Mohamed Yusoff Fauzii, Fatimah Zuhaira and Tasir, Siti Fatimah and Suhaimin, Mohd Faiez (2018) Faedah zikir terhadap gaya hidup beragama staf bukan akademik: satu kajian kes di UiTM Cawangan Kelantan. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.3: 14. pp. 274-278. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Ramai di kalangan masyarakat hari ini kurang menyedari kelebihan faedah zikir dalam kehidupan mereka. Perkataan zikir merupakan perkara biasa, sering didengar di mana-mana dan menganggap tidak memberi manfaat selain dari mendapat pahala bagi sesiapa yang mengamalkannya. Amalan zikir seringkali dikaitkan dengan perkataan yang perlu di sebut dan dibaca setiap kali selepas sembahyang. Hakikat sebenarnya zikir merupakan satu amalan yang disyariatkan dalam Islam. Ia merupakan satu perintah Allah s.w.t. terhadap hamba-hambaNya yang boleh ditemui dalam ayat-ayat al-Quran dan juga al-Sunnah Nabi s.a.w.. Zikir boleh dilakukan di mana-mana tanpa terikat dengan syarat-syarat tertentu untuk mengamalkannya sebagaimana ibadah lain seperti sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya. Selain dari menurut perintah Allah s.w.t. dan RasulNya, zikir juga mempunyai banyak kelebihan-kelebihan tertentu, tetapi malangnya kurang disedari oleh masyarakat Islam kini. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti hubungan di antara faedah zikir dengan kehidupan beragama di kalangan staf bukan akademik di UiTM Cawangan Kelantan. Berdasarkan dapatan kajian, satu kesimpulan yang amat signifikan menunjukkan bahawa wujudnya hubungan di antara faedah zikir dengan gaya hidup beragama di kalangan staf bukan akademik di UiTM Cawangan Kelantan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131962.pdf]
Text
131962.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics