Memposisikan jenayah makanan dalam wacana Fiqh al-‘Uqūbah: kajian awal

Abd Razak, Muhamad Afiq and Ramli, Mohd Anuar and Daud, Mohd Zaid (2025) Memposisikan jenayah makanan dalam wacana Fiqh al-‘Uqūbah: kajian awal. Journal of Halal Science and Management Research, 1 (1): 11. pp. 156-169. ISSN 3093-8368
Abstract

Jenayah makanan merupakan isu serius yang sering berlaku di dalam industri makanan. Ia juga terjadi di dalam rantaian bekalan makanan halal, di mana integriti halal tidak lagi dapat dipelihara. Terdapat kajian-kajian terdahulu yang telah membahaskan berkenaan dengan jenayah makanan, namun kebanyakannya tidak begitu membincangkan berkenaan dengan perspektif fiqh al-‘uqūbah (fiqh hukuman) di dalam Islam. Kajian ini dilaksanakan bagi membahaskan jenayah makanan dalam kerangka fiqh al-‘uqūbah. Bagi menjawab objektif kajian, kajian ini melibatkan pengumpulan data melalui kajian literatur dan dianalisis menggunakan pendekatan kualitatif. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat dalil dari nas yang berkaitan dengan jenayah makanan di dalam Islam. Justeru, ia dapat dihubungkan melalui hukuman takzir berdasarkan fiqh al-‘uqūbah. Berdasarkan prinsip dalam jenayah Islam, jenayah makanan menepati rukun-rukun jenayah dalam Islam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131724.pdf]
Text
131724.pdf
Download (569kB)
Indexing & Metrics