Potensi inai (Lawsonia inermis L.) dalam aplikasi farmaseutikal dan kosmetik halal:analisis tematik berdasarkan Kitab al-Tibb al-Nabawi oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah

Othman, Muhammad Remy (2025) Potensi inai (Lawsonia inermis L.) dalam aplikasi farmaseutikal dan kosmetik halal:analisis tematik berdasarkan Kitab al-Tibb al-Nabawi oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah. Journal of Halal Science and Management Research, 1 (1): 7. pp. 99-116. ISSN 3093-8368

Official URL: https://journal.uitm.edu.my/OJS/index.php/JHSMR/

Identification Number (DOI): 10.24191/jhsmr.v1i1.8985

Abstract

Inai (Lawsonia inermis L.) telah dikenali sejak dahulu dalam amalan etnobotani Melayu sebagai bahan pewarna alami, mewarnai uban, rawatan luka ringan, rawatan berkhatan, keradangan kulit, dan merawat luka selepas bersalin. Seiring perkembangan sains moden, kajian saintifik telah meneliti potensi dalam bidang fitokimia, dan farmakologi, seperti kajian antimikrob, antioksidan, antiradang dan antikanser. Potensi terapeutik inai turut menarik perhatian daripada industri farmaseutikal dan kosmestik, khususnya dalam pembangunan produk kosmetik halal berasaskan tumbuhan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis teks kitab al-Tibb al-Nabawi karangan Ibn Qayyim al-Jawziyyah untuk menghimpunkan perbincangan mengenai potensi inai dalam dua bidang farmaseutikal dan kosmetik. Hasil dapatan ini dibandingkan dengan penemuan kajian saintifik moden berkaitan Lawsonia inermis khususnya dibandingkan dalam aspek farmaseutikal dan kosmetik. Hasil tematik terhadap kandungan kitab al-Tibb al-Nabawi karangan Ibn Qayyim mendapati bahawa Inai digunakan sebagai bahan rawatan luka akibat terbakar, merawat kudis, rawatan sakit kepala, sakit kaki, seriawan dan kusta. Penemuan ini mempunyai persamaan yang ketara dengan kajian sains moden yang menunjukkan inai memiliki sifat penyembuh luka, antimikrob dan antiradang. Kajian ini membuktikan bahawa inai memiliki potensi yang signifikan sebagai bahan asas dalam pembangunan produk farmaseutikal dan kosmetik halal. Diharap dapat memberikan gambaran menyeluruh terhadap nilai dan potensi inai sebagai bahan asas dalam pembangunan produk farmaseutikal dan kosmetik halal yang berasaskan warisan perubatan Islam.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Othman, Muhammad Remy
remyothman@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work
R Medicine > RS Pharmacy and materia medica > Materia medica > Pharmacognosy. Pharmaceutical substances (Plant, animal, and inorganic)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Halal Science and Management Research
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Journal of Halal Science and Management Research (JHSMR)
ISSN: 3093-8368
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 99-116
Keywords: al-Tibb al-Nabawi, Halal cosmetic, Halal pharmaceutical, Henna, Lawsonia inermis
Date: September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131720
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 131720.pdf] Text
131720.pdf

Download (901kB)

ID Number

131720

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details