Abstract
Melihat fenomena sikap manusia pada hari ini yang memandang mudah terhadap tuntutan solat fardu sangat membimbangkan. Malahan ada dalam kalangan masyarakat yang gagal menyempurnakan solat fardu seharian. Para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) juga tidak terkecuali dalam masalah ini, berdasarkan temu bual secara tidak langsung, ada kalangan pelajar yang mengakui tidak menunaikan solat, terutamanya solat Subuh dan sebahagian solat fardu yang lain tanpa sebarang alasan uzur syarie. Antara punca masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh sikap mereka yang menganggap solat itu perkara yang remeh di samping tahap kesedaran yang rendah untuk melaksanakan solat fardu. Selain itu, antara faktor-faktor lain yang dikenal pasti termasuklah penekanan pendidikan tentang solat fardu dari kalangan ibu bapa, tiada dorongan dari masyarakat sekeliling, malah yang lebih membimbangkan lagi, terdapat segelintir ibu bapa pada hari ini yang tidak bersolat. Kajian ini mempunyai tiga matlamat utama iaitu mengkaji tahap kefahaman pelajar tentang solat fardu, menentukan faktor-faktor yang mendorong kesedaran pelajar terhadap pengamalan solat fardu dan mengetahui sikap pelajar terhadap kewajipan solat fardu. Bagi mencapai matlamat ini, kajian telah dijalankan terhadap 100 responden yang terdiri daripada para pelajar baru sepenuh masa di peringkat pengajian Ijazah Pertama di UiTM Kelantan kampus Kota Bharu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan statistik deskriptif untuk mendapatkan nilai min. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Hasil dapatan menunjukkan bahawa responden yang mempunyai kefahaman serta kesedaran tentang kewajipan solat fardu adalah memuaskan dengan skor min 4.75. Namun, tahap pengamalan pelajar dalam melaksanakan solat fardu masih kurang memuaskan. Hasil dapatan dicadangkan, agar pihak pengurusannya dapat memberikan penekanan terhadap pelaksanaan solat dan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingannya.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Marzuki, Mohd Khusyairie UNSPECIFIED Abdul Rahman, Mohd Muhiden UNSPECIFIED Ismail, Affendi UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 192-201 |
| Keywords: | Islamic ethics, Muslim students, Prayer |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131522 |
