Abstract
Tatacara siasatan yang diperuntukkan dalam statut perundangan tatacara jenayah syariah negeri-negeri adalah dalam bentuk yang umum. Pegawai penguat kuasa agama hanya akan memulakan satu siasatan apabila satu aduan atau maklumat telah diterima, atau mensyaki satu kesalahan jenayah telah dilakukan atau menerima arahan daripada hakim. Tatacara siasatan bagi kes yang melibatkan kesalahan tidak boleh ditangkap dan kesalahan boleh ditangkap adalah berbeza. Pengadu atau pemberi maklumat akan dikemukakan ke hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah untuk dibuat pemeriksaan pengadu jika pegawai penguat kuasa agama mendapati daripada aduan yang dibuat oleh pengadu satu kes kesalahan tidak boleh ditangkap telah berlaku. Menurut peruntukan seksyen 75, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 contohnya, hakim boleh sama ada menyiasat hal itu sendiri atau mengarahkan seorang pegawai penguat kuasa agama supaya membuat siasatan bagi maksud menentukan kebenaran atau kepalsuan sesuatu aduan dan melaporkan kepadanya hasil siasatan itu. Sementara seksyen 55(2) pula menunjukkan keputusan samada satu siasatan lanjut perlu dilakukan atau tidak adalah terletak pada penilaian dan keputusan Ketua Pendakwa Syarie yang terhasil daripada penelitian terhadap pemeriksaan pengadu tersebut. Ketua pegawai penguat kuasa agama sebaliknya hendaklah menghantar satu laporan kepada Ketua Pendakwa Syarie dan mengarahkan salah seorang daripada pegawainya ataupun dia sendiri untuk ke lokasi kejadian jenayah jika satu kes kesalahan boleh ditangkap dikesan dan disyaki telah berlaku melalui maklumat dan aduan yang diterima. Tindakan ini sebenarnya merupakan siasatan awal terhadap maklumat dan aduan tersebut untuk memastikan suatu kes jenayah sememangnya telah berlaku melalui penemuan fakta-fakta dan bukti-bukti berkaitan serta penemuan suspek jenayah yang diadukan. Kebiasaannya tatacara siasatan ini melibatkan kes jenayah yang tidak berat dan suatu kes yang tidak perlu dilaporkan kepada Ketua Pendakwa Syarie sebelum bertindak. Malahan pegawai penguat kuasa boleh mengabaikan kes tersebut jika tiada alasan yang mencukupi untuk bertindak selanjutnya.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Yusof, Wafaa’ UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Furū' al-fiqh. Substantive law. Branches of law > Criminal law and procedure |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 156-161 |
| Keywords: | Criminal investigation, Criminal procedure (Islamic law), Sharia courts |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131517 |
