Pembangunan model Islamisasi pengurusan Islam

Che Omar, Azman (2018) Pembangunan model Islamisasi pengurusan Islam. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.2: 4. pp. 99-101. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Kewujudan kursus pengurusan Islam dalam institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia bukan merupakan agenda yang baharu dalam pengajian fakulti tertentu. Perkembangannya menyaksikan amalan kandungan silibus yang berbeza di antara satu IPT dengan IPT yang lain. Perbezaannya boleh dilihat melalui tiga mekanisme iaitu pengurusan Islam per se, Islamisasi pengurusan dan pengurusan dari perspektif Islam. Pengurusan Islam per se melihat pengurusan dari acuan Islam. Islamisasi pengurusan pula mengambil teori pengurusan moden bagi diadaptasi melalui Islamisasi ilmu. Manakala pengurusan dari perspektif Islam melihat pelbagai dimensi pengurusan organisasi dari perspektif Islam. Islamisasi pengurusan bermula dengan pengurusan yang bersandarkan ilmu wahyu (the Revealed Knowledge), seterusnya pengurusan diri pengurus sendiri dan diikuti oleh proses atau elemen pengurusan sejagat yang terdiri dari perancangan, pengelolaan, penstafan insan, motivasi, kepimpinan dan kawalan serta komunikasi yang menyelaraskan kesemua elemen tersebut. Objektif utama kertas kerja ini ialah untuk merangka satu model pengurusan melalui Islamisasi ilmu. Hasil dari kerangka ini ialah amalan pengurusan Islam yang boleh wujud dalam mana-mana organisasi yang bersifat kepatuhan syariah. Impak utama ialah model ini boleh dijadikan silibus bagi subjek pengurusan Islam atau garis panduan umum bagi subjek-subjek lain bagi program atau kursus pengurusan Islam di mana-mana IPT di Malaysia atau di persada global.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Che Omar, Azman
cheomaradr346@gmail.com
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Organization
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 99-101
Keywords: Islamic ethics, Management, Study and teaching (higher)
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131508
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 131508.pdf] Text
131508.pdf

Download (1MB)

ID Number

131508

Indexing

Statistic

Statistic details