Program fitrah suci ke arah pemantapan kerohanian di kalangan penghuni PPA Machang, Kelantan: satu kajian rintis

Tasir, Siti Fatimah and Che Mat, Che Bakar and Mat Zin, Mohd Nazri and Ismail, Mohd Khairul Anuar and Ahmad, Mohd Miqdad Aswad and Ab. Razab, Husaini and Zakaria, Mohd Shamsul Bahrin and Zulkifli, Lokman and Mustafa @ Busu, Zanirah (2018) Program fitrah suci ke arah pemantapan kerohanian di kalangan penghuni PPA Machang, Kelantan: satu kajian rintis. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.1: 3. pp. 18-22. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Institusi penjara bukanlah sebagai tempat menghukum pesalah tetapi ia juga berperanan sebagai tempat pemulihan terhadap penghuninya. kajian ini dilakukan di Pusat pemulihan Akhlak Machang, Kelantan dengan mengkhusus kepada mengenal pasti program motivasi berasaskan Islam melalui modul Program Fitrah Suci sebagai medium dakwah. Program ini merupakan suatu pendekatan bagi memulihkan penghuni institusi ini supaya mendapat peluang dan ruang untuk merubah diri kepada akhlak mahmudah. Matlamat program ini adalah sebagai pemangkin terhadap aktiviti keagamaan yang telah dijalankan oleh pihak penjara dan memberi input keagamaan serta menimbulkan rasa keinsafan kepada para peserta. Diharap selepas mengikuti program ini para peserta dapat memperbaiki diri seiring dengan kehendak agama. Kajian ini dilaksanakan khusus bagi mengenal pasti sejauh mana kesignifikanan program tarbiyah yang berasaskan Islam melalui program Fitrah Suci sebagai medium dakwah dalam kalangan penghuni sebagai rawatan dan pemulihan akhlak. kajian ini bersifat kajian lapangan dan menjadikan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) sebagai kajian rintis kami. Program ini mengambil masa selama enam bulan. Kaedah penyampaian isi kandungan modul dipersembahkan dalam bentuk yang bervariasi serta bersesuaian dengan tahap pemahaman penghuni. Pemilihan isi kandungan yang bertepatan dengan keperluan sasaran dakwah sememangnya adalah aspek yang perlu dititikberatkan supaya penerimaan mesej dakwah menjadi lebih berkesan. Kaedah temubual digunakan bagi mendapatkan data kajian di samping kaedah pemerhatian. Diharapkan program ini boleh menjadi pemangkin kepada mereka mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan setelah bebas dari Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang,Kelantan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Tasir, Siti Fatimah
fatim03@kelantan.uitm.edu.my
Che Mat, Che Bakar
chebakar@kelantan.uitm.edu.my
Mat Zin, Mohd Nazri
nazri743@kelantan.uitm.edu.my
Ismail, Mohd Khairul Anuar
anuar785@kelantan.uitm.edu.my
Ahmad, Mohd Miqdad Aswad
miqqad@kelantan.uitm.edu.my
Ab. Razab, Husaini
husaini@kelantan.uitm.edu.my
Zakaria, Mohd Shamsul Bahrin
shamsul006@kelantan.uitm.edu.my
Zulkifli, Lokman
lokma693@kelantan.uitm.edu.my
Mustafa @ Busu, Zanirah
zanir126@kelantan.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research > Malaysia
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Criminal justice administration > Social work with delinquents and criminals
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 18-22
Keywords: Islamic religious education, Prisoners, Rehabilitation of criminals
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131418
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 131418.pdf] Text
131418.pdf

Download (1MB)

ID Number

131418

Indexing

Statistic

Statistic details