Portable wiring box

Asmani, Mohd Halmi and Muhammad Syahir Aiman, Kamalludin and Mohd Yazid, Mohamad Jazrul and Muhamad Ikmal Aziq, Hazlesham (2023) Portable wiring box. In: Johor Innovation Invention Competition and Symposium 2023. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 186-191. ISBN 978-967-0033-17-4

Abstract

Proses melakukan pendawaian elektrik di wiring bay merupakan salah satu aktiviti amali di dalam kursus SPB 31203 (Sistem Elektrik Bangunan) bagi program Sijil Penyelenggaraan Bangunan. Pelaksanaan pendawaian elektrik juga merupakan salah satu skop kerja yang sangat penting dalam industri penyelenggaraan bangunan. Kerja-kerja pendawaian elektrik perlu disiapkan pada masa yang pantas tetapi cermat supaya kos pendawaian dan bahan dapat dimaksimumkan penggunaannya. Oleh itu, Portable Wiring Box di bangunkan untuk memudahkan pengguna agar kerja-kerja yang dilakukan dapat dibuat dengan lebih kemas dan selamat. Seterusnya, tujuan Portable Wiring Box ini dibuat untuk mengurangkan masalah-masalah di bengkel seperti peralatan dan wayar yang berselerak semasa proses pendawaian di wiring bay. Antara kelebihan produk ini ialah pengguna produk dapat menjimatkan tenaga, mengurangkan masalah wayar berselerak dan mengurangkan risiko kemalangan di dalam bengkel. Hasil daripada pengujian yang telah dijalankan dan maklum balas dari soal selidik yang telah diedarkan, produk ini berjaya memenuhi fungsi dan menjimatkan masa yang diperlukan dalam kerja pendawaian di dalam bengkel elektrik. Keseluruhannya projek ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Projek ini bakal mendatangkan banyak manfaat kepada pelbagai pihak sekiranya berjaya dibangunkan terutama pendawaian di bengkel dan pusat latihan. Projek ini juga mempunyai potensi untuk dikomersialkan dan dimajukan pada masa akan datang serta boleh ditambahbaik dari segi rekaan dan pemilihan bahan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Asmani, Mohd Halmi
UNSPECIFIED
Muhammad Syahir Aiman, Kamalludin
UNSPECIFIED
Mohd Yazid, Mohamad Jazrul
UNSPECIFIED
Muhamad Ikmal Aziq, Hazlesham
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Electric apparatus and materials. Electric circuits. Electric networks
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics
Volume: 1
Page Range: pp. 186-191
Keywords: Portable, Elektrik, Wiring, Bengkel
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131275
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 131275.pdf] Text
131275.pdf

Download (3MB)

ID Number

131275

Indexing

Statistic

Statistic details