Peranti penjagaan jarak sosial

Nordin, Norafindy and Hashim, Natasha and Abd Aziz, Mohd Farhan and Zaharrudin, Nordayana and Ismail, Siti Rafeah and Wan Daud, Wan Muhammad Amirul (2023) Peranti penjagaan jarak sosial. In: Johor Innovation Invention Competition and Symposium 2023. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 152-154. ISBN 978-967-0033-17-4

Abstract

Pada akhir tahun 2019, seluruh dunia digemparkan dengan wabak COVID-19 yang telah meragut nyawa manusia hampir tujuh (7) juta secara global dan telah diistiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Walaupun kebanyakan negara telah mengistiharkan bahawa wabak ini telah berakhir dan tahap SOP dilonggarkan tetapi kita harus ingat bahawa virus ini masih lagi berada disekeliling dan tahap berjaga-jaga masih perlu diamalkan oleh setiap individu bagi mencegah daripada dijangkiti oleh wabak ini. Salah satu kaedah pencegahan adalah dengan mengamalkan penjarakan sosial yang bertujuan untuk melewatkan penyebaran dengan meminimumkan jarak hubungan dekat antara individu. Berdasarkan analisis dan pengamatan, kebanyakan individu mulai alfa dan lalai serta menganggap bahawa wabak ini sudah tiada tetapi sebenarnya virus ini masih wujud disekeliling kita dan masih banyak jangkitan serta kematian disebabkan wabak ini. Satu peranti yang dinamakan “Peranti Penjagaan Jarak Sosial” telah dicipta hasil daripada idea untuk menyelesaikan masalah kelalaian dan kealfaan masyarakat dalam menjaga jarak sosial yang boleh menyebabkan risiko dan kadar jangkitan kes COVID-19 sentiasa berlaku setiap hari. Peranti ini dibina dengan ciri rekabentuk yang berbeza, ringan, mesra pengguna dan mempunyai kepelbagaian penggunaannya (mudah dipakai gantung pada leher atau diletak atas meja) serta sesuai digunakan oleh setiap individu dalam komuniti, industri, pejabat, sekolah dan tempat awam yang memudahkan penggunanya untuk berada di tempat awam tanpa rasa risau dari dijangkiti oleh virus COVID-19 kerana peranti ini mampu membantu memperingatkan setiap pengguna supaya sentiasa kekal berada pada jarak sosial yang selamat iaitu tidak kurang dari 1-meter. Peranti ini juga membantu golongan buta dan pekak untuk mengekalkan jarak hubungan dekat mereka dengan individu lain agar berada pada jarak sosial selamat dan membantu setiap individu daripada risiko dijangkiti oleh penyakit berjangkit yang lain. Peranti ini menggunakan unit kawalan Arduino Nano dengan gabungan bersama dua penderia masukan yang menggunakan teknologi pantulan ultrasonik dan sinaran inframerah yang berfungsi secara serentak untuk mengesan dan mengukur jarak hubungan dekat seseorang individu dengan individu lain melalui pengukuran masa pelepasan dan penerimaan gelombang yang dipantulkan dan juga mengesan gerakan dari perubahan tahap radiasi sinaran inframerah yang membolehkan penderia membezakan antara benda hidup (manusia) dengan benda pegun. Peranti ini beroperasi dengan menggunakan bateri bernilai antara 3.7V ~ 5V yang boleh dicas semula dan berkendali secara automatik apabila ianya dihidupkan. Pembaz dan L.E.D digunakan sebagai peranti keluaran yang memberi indikasi jika hubungan dekat antara individu kurang dari 1-meter. Peranti ini juga dilengkapi dengan O.L.E.D yang digunakan untuk memaparkan jarak antara individu (maksimum 4 meter – ukuran lalai), indikasi situasi dan bilangan kontak rapat. Kajian pemantaun terhadap pasaran yang dilaksanakan dan terbukti bahawa peranti ini masih belum ada dipasaran tempatan. Hasil soal selidik kepada pengguna juga membuktikan bahawa secara keseluruhan individu berminat dan menyukai peranti yang dihasilkan ini. Jadi dengan adanya peranti ini sedikit sebanyak membantu pengguna dengan meminimumkan jarak hubungan dekat antara individu dan memberi manfaat kepada manusia dalam mencegah penularan wabak COVID-19 ini.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Nordin, Norafindy
norafindy@kypj.edu.my
Hashim, Natasha
UNSPECIFIED
Abd Aziz, Mohd Farhan
UNSPECIFIED
Zaharrudin, Nordayana
UNSPECIFIED
Ismail, Siti Rafeah
UNSPECIFIED
Wan Daud, Wan Muhammad Amirul
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Electronics > Detectors. Sensors. Sensor networks
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Scanning systems
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics
Volume: 1
Page Range: pp. 152-154
Keywords: Peranti jarak sosial, Jarak sosial, COVID-19, Arduino nano, Ultrasonik
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130823
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 130823.pdf] Text
130823.pdf

Download (3MB)

ID Number

130823

Indexing

Statistic

Statistic details