Abstract
‘Allen Key’ adalah salah satu jenis alat tangan yang berfungsi untuk mengetatkan dan melonggarkan nut, ada pelbagai jenis kunci yang umum atau sering digunakan, salah satunya adalah kunci allen heksagon. fungsi EZ Allen Key ini sangat memudahkan kerja. Semasa melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan penghawa dingin khususnya, kedudukan nat pada outdoor unit adalah berada pada kedudukan yang sukar dan sempit. Set allen key di pasaran yang sedia ada kebanyakkannya mempunyai 6 hingga 20 batang dan berkemungkinan mudah hilang. Semasa kerja-kerja penyelenggaraan penghawa dingin dilaksanakan juga, kebiasanya masa yang lama diambil untuk memilih saiz mata allen key kerana set mata allen key yang pelbagai saiz.Tercetuslah idea untuk menghasilkan alat yang mudah dan pantas ini iaitu EZ Allen Key ini. Objektif membangunkan projek ini adalah untuk menghasilkan alat yang mengunakan saiz mata allen key yang betul untuk kerja penyelengaraan bangunan. Menghasilkan alat yang yang menjimatkan masa untuk membuka dan mengetatkan nut untuk kerja penyelenggaraan. EZ Allen Key ini mudah dibawa ke mana mana dan sukar untuk hilang. Rekabentuknya yang hanya menggunakan tiga saiz mata allen key di mana skop produk ini hanya diaplikasikan untuk membuat penyelenggaran penghawa dingin dengan mudah dan tidak melambatkan masa. Selain itu,memudahkan kerja melonggarkan dan mengetatkan nut di tempat yang sempit. Seterusnya produk yang direka tidak berat dan senang untuk dibawa kemana mana tanpa beban yang berat. Di samping itu produk ini juga mudah untuk menukar saiz mata allen key yang berbeza saiz. Rekabentuk pemegang produk boleh ditambahbaik untuk tujuan komersial dan menggunakan material yang berbeza selain besi. Kesimpulannya, dengan terhasilnya inovasi ini, dapat membantu kerja-kerja penyelenggaraan bangunan terutama proses membuka “nut” pada penghawa dingin dan bangku dengan mudah, berkesan dan pantas.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Md. Sarip, Nafiza UNSPECIFIED Hairol Hisham, Muhammad Fazarecarl Iaman Eussuf UNSPECIFIED Mohd Raduan, Aiman Firdaus UNSPECIFIED Risman, Muhammad Iqbal UNSPECIFIED Mohd.Nazri, Muhammad Haniff Haiqal UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 132-140 |
| Keywords: | Ez allen key, mudah & nut |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130724 |
