Abstract
Ini bukan kisah rekaan. Ini kisah aku. Seorang wanita biasa. Seorang isteri. Seorang ibu. Seorang pendidik. Dan kini… seorang pejuang. Sejak kecil, aku memang jenis yang mudah jatuh sakit. Masalah biasa, gastrik, GERD, dan kini sakit lutut, tapi cukup untuk buat aku sering risau dan overthinking. Namun aku tetap bersyukur kerana masih mampu menjalani kehidupan dengan baik. Tapi semua berubah pada 27 April 2024. Pagi itu, aku sibuk sebagai AJK program larian anjuran JSKM di UiTM. Balik ke rumah, aku gembira, sibuk upload gambar program ke media sosial. Tapi malam itu, saat aku hendak tidur, aku terasa sesuatu di payudara kanan. Ada ketulan. Kecil, lebih kurang sebesar kacang merah… tapi cukup untuk buat aku tak tidur semalaman. Keesokan paginya, aku hubungi sahabat baikku, Azimah. Aku menangis. Aku takut. Tapi dalam masa yang sama, aku cuba pujuk diri, mungkin ini normal sebab aku juga baru datang haid pagi itu. Tapi seminggu berlalu, haid dah habis, ketulan itu masih ada. Pada 6 Mei 2024, aku ke KPJ. Tiada pakar payudara di situ, jadi aku dirujuk kepada Dr. Muna, pakar sakit puan. Ultrasound dilakukan, dan keputusannya sangat menggerunkan: "99% Highly Suspicious of Cancer." Aku terus dirujuk ke Dr. Wan Najmi. Keesokan harinya, biopsy needle dilakukan. Dr terangkan, jika keputusan positif, aku perlu dibedah. Jika negatif pun, ketulan tetap perlu dibuang untuk pengesahan lanjut. Alhamdulillah, biopsy pertama negatif. Tapi ketulan tetap perlu dibuang. Pada 14 Mei 2024, aku jalani pembedahan membuang ketulan bersaiz 2.5 cm di payudara kanan. Selepas itu, aku terus bekerja, mengajar secara online walaupun masih dalam cuti sakit. Hari berganti. Debaran menanti keputusan biopsy kedua semakin menghimpit jiwa. Hati aku tidak tenang. Tapi aku terus berzikir, membaca Selawat Tafrijiyah berulang kali, hingga aku hafal. Aku hanya berserah kepada Allah SWT. Keluarga dan kawan-kawan sentiasa memberi sokongan. 27 Mei 2024. Hari anak sulungku mendapat keputusan SPM. Tapi hatiku lebih berdebar menunggu keputusan biopsy. Jam 8.30 pagi, panggilan dari KPJ mengesahkan segalanya: "Puan, result positif. It's cancer."
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Mohammad, Wan Anisha UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Rahman, Nor Hanim UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Cancer, Biopsy, Media sosial |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130655 |
