Abstract
Setiap kali bulan Ogos menjelang, kita akan mula melihat bendera Malaysia megah berkibar di mana-mana. Lagu-lagu patriotik kembali berkumandang, perarakan dan program sambutan mula dirancang. Namun dalam kemeriahan itu, timbul satu persoalan, adakah anak-anak kita benar-benar faham apa itu kemerdekaan? Sebagai ibu dan ayah, kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada sekolah atau media untuk menyampaikan nilai ini. Kita harus ingat, rumah adalah sekolah pertama, dan ibu dan ayah adalah guru terpenting dalam kehidupan anak-anak. Anak Kecil Tak Faham Sejarah, Tapi Mereka Belajar dari Kita Anak-anak kecil sememangnya belum mampu memahami maksud penjajahan, perjuangan tokoh negara, atau istilah "kedaulatan". Namun mereka menyerap nilai dan semangat melalui pengalaman harian, perbualan ringkas, dan tingkah laku ibu dan ayah. Mereka belajar bukan hanya melalui apa yang kita kata, tetapi daripada apa yang kita buat dan tunjuk. Jika kita tunjuk minat dan rasa bangga kepada negara, anak-anak akan terikut. Jika kita cerita kisah Malaysia dengan penuh semangat, mereka akan dengar dengan penuh minat. Jika kita bawa mereka menyertai sambutan Merdeka, mereka akan mula rasa sambutan kemerdekaan juga penting buat mereka.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Nurhafizah UNSPECIFIED Alias, Fadzilawani Astifar UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Rahman, Nor Hanim UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Kedaulatan, Merdeka, Patriotik |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130653 |
