Erti merdeka bagi seorang pensyarah

Idris, Nur Azimah and Libasin, Zuraira (2025) Erti merdeka bagi seorang pensyarah. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Bagi diri ini, merdeka bukan hanya tentang bebas dari penjajahan fizikal. Sebagai pensyarah, sejujurnya, kemerdekaan sebenar bermula dalam bilik kuliah apabila kita berjaya menyampaikan ilmu yang bukan sahaja memberi pengetahuan, malah membebaskan cara berfikir. Tugas pendidik adalah menyemai benih merdeka dalam jiwa anak bangsa. Kita bukan sekadar menyampaikan fakta dan teori, tetapi mengasah minda supaya pelajar berani bertanya, berfikir secara kritis dan berpendirian. Dalam dunia di mana maklumat di hujung jari dan semakin banyak platform media sosial, tugas ini bukan mudah. Namun, di sinilah letaknya nilai kemerdekaan sebenar dalam profesion ini. Para pelajar datang dari pelbagai latar belakang dan di sinilah mereka mula membina identiti diri, sekali gus memahami peranan mereka sebagai warganegara, bukan sekadar pelajar. Maka kelas bukan hanya tempat belajar, tetapi medan untuk kita membina masa depan negara. Merdeka dalam pendidikan bermakna memberi pelajar ruang untuk bersuara, untuk tidak takut membuat kesalahan, dan untuk mencari kebenaran dengan penuh adab. Di sinilah dapat dilihat bahawa tugas pensyarah bukan hanya mendidik, tetapi juga menyemai potensi pelajar. Generasi pensyarah dan pelajar kini lahir dalam dunia pasca-merdeka. Para pelajar tidak mengalami getirnya dijajah, tidak memahami susah payah tokoh terdahulu. Maka tugas kita bukan untuk memaksa mereka menghafal sejarah

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Idris, Nur Azimah
UNSPECIFIED
Libasin, Zuraira
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Rahman, Nor Hanim
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: Media sosial, Merdeka, Sejarah
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130651
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 130651.pdf] Text
130651.pdf

Download (470kB)

ID Number

130651

Indexing

Statistic

Statistic details