Pasta bunga telang

Zakariah, Maisarah and Mohamad Amin, Nor Mazlina and Adzman, Muhammad Alif and Saifullizan, Sufiyatulliana and Armahat, Akmal (2023) Pasta bunga telang. In: Johor Innovation Invention Competition and Symposium 2023. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 101-105. ISBN 978-967-0033-17-4
Abstract

Bunga telang dalam nama saintifiknya ialah Clitoria ternatea yang mempunyai bunga berwarna ungu terang dengan pangkal bewarna kuning kehijauan. Di Malaysia, penggunaan bunga telang lebih kepada pewarna dalam nasi kerabu. Bunga telang boleh digunakan sebagai pewarna semulajadi dalam produk makanan dan minuman tanpa campuran bahan pewarna yang lain. Warna makanan dikelaskan kepada semula jadi dan tiruan berdasarkan kepada cara penghasilan pewarna tersebut. Namun, produk mi di pasaran terdiri daripada pelbagai jenis yang berbeza dalam warna dan cara pemprosesan yang berbeza. Kebanyakan produk makanan yang dijual di pasaran mengandungi bahan pewarna tiruan dan campuran bahan-bahan lain yang akan menjejaskan kesihatan. Ramai orang tidak mengetahui khasiat dan kegunaan bunga telang secara amnya. Warna makanan adalah penting untuk penghasilan produk makanan kerana ia boleh mengubah atau enambah warna kepada makanan untuk menjadikannya lebih menarik kepada pengguna. Objektif bagi penghasilan produk ini adalah untuk menghasilkan produk makanan daripada bunga telang, untuk mengetahui kandungan nutrisi serta kebaikan pasta bunga telang, dan untuk mengkaji tahap penerimaan pengguna bagi produk pasta bunga telang. Bagi idea inovasi iaitu penghasilan pasta menggunakan bunga telang sebagai bahan utama pewarna dalam bunga telang dan pasta akan bewarna biru mengikut pewarna semulajadi bunga telang. Pasta bunga telangdihasilkan perlu dikering dalam acuan berbentuk bulat dan diletak dalam kotakpembungkusan. Pasta bunga telang sesuai untuk semua peringkat umur, tahan lama, serta mengandungi khasiat yang boleh memberi manfaat kepada pengguna. Oleh itu, produk inovasi yang dihasilkan ini boleh menarik minat pengguna dan keunikan pasta ini juga menjadi satu nilai tambah produk dan mempelbagaikan lagi pilihan pengguna di pasaran.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 130540.pdf]
Text
130540.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics