Ampaian pakaian pintar

Mohd Riduan, Muhammad Safiuddin Iman and Mohammed Idrun, Nabil Najmi and Ng, Set Foong (2023) Ampaian pakaian pintar. In: Johor Innovation Invention Competition and Symposium 2023. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 70-71. ISBN 978-967-0033-17-4

Abstract

Pelbagai kekurangan ditemui apabila menggunakan mesin pengering untuk mengeringkan pakaian. Contohnya, pembaziran tenaga elektrik dan hanya pakaian tertentu sahaja dapat menggunakan mesin pengering kerana warna pakaian akan luntur, terkoyak ataupun meregangkan pakaian. Sebuah kajian mengatakan pakaian yang dijemur di bawah cahaya matahari menghasilkan sebatian organik yang berfungsi sebagai perfum semulajadi dan melembutkan tekstur pakaian. Lantas, ampaian pakaian menjadi pilihan masyarakat kerana tidak merosakkan pakaian dan lebih murah berbanding dengan mesin pengering. Namun terdapat masalah yang timbul kerana cuaca tidak menentu yang akhirnya akan menyebabkan pakaian tidak kering kerana hujan dan memerlukan tenaga manusia bagi mengalihkan kedudukan penyidai pakaian di tempat berbumbung dan ini menjadi masalah bagi mereka yang bekerja. Oleh itu, objektif inovasi ini adalah bagi memastikan pakaian tidak basah akibat hujan dan tidak perlu dialihkan kedudukannya bagi mencegah daripada basah serta kos produk rendah dan berpatutan. Dengan itu, idea inovasi ini menyediakan perlindungan daripada hujan secara automatik dengan mengeluarkan bumbung atau perlindung yang bertujuan bagi menghalang air hujan membasahi pakaian. Bahagian bumbung diperbuat daripada bahan lut sinar dan kalis air. Ianya dapat diaktifkan apabila sensor yang terdapat pada inovasi ini mengesan kehadiran air dan berfungsi menggunakan bateri. Justeru, impak daripada inovasi ini ialah dapat mengurangkan tenaga manusia apabila inovasi ini berfungsi secara automatik. Selain itu, menjadi pilihan masyarakat kerana harga berpatutan dan memaksimakan penggunaan ruang yang terhad di halaman rumah. Kesimpulannya, inovasi ini dapat diluaskan pasarannya sekiranya penambahbaikan idea dilakukan terhadap fungsi bumbung seperti ditukar menjadi mudah alih iaitu bumbung/perlindung ini dapat digunakan bagi setiap jenis ampaian baju.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Riduan, Muhammad Safiuddin Iman
UNSPECIFIED
Mohammed Idrun, Nabil Najmi
UNSPECIFIED
Ng, Set Foong
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics
Volume: 1
Page Range: pp. 70-71
Keywords: Ampaian pakaian, Inovasi
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130257
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 130257.pdf] Text
130257.pdf

Download (3MB)

ID Number

130257

Indexing

Statistic

Statistic details