Abstract
Kajian ini memfokuskan kepada pembentukan sebuah model berkenaan pendekatan komunikasi dakwah Badiuzzaman Said Nursi dalam menyebar dan menyampaikan risalah Islam menerusi teknik komunikasi dakwah yang berkesan, yang diadaptasi menerusi karya agungnya, Rasail an-Nur. Di dalam kitab ini, terdapat banyak intipati dan nilai-nilai yang bermanfaat dalam meningkatkan kemahiran dalam berdakwah terutama dari aspek komunikasi, sejajar pengiktirafan para sarjana muslim terhadap ketokohan dakwah Said Nursi. Dengan melakukan analisis terhadap beberapa risalah-risalah utama Rasail an-Nur, pengkaji ingin menjelaskan beberapa pendekatan komunikasi dakwah yang berkesan Said Nursi, lisan (verbal) dan bukan lisan (non-verbal), untuk diperkenal dan dicontohi oleh umat Islam hari ini khususnya dalam kalangan pendakwah di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian perpustakaan dan analisisnya berdasarkan kerangka analisis teks, melalui penerokaan kitab Rasail an-Nur, rujukan daripada Tullab an-nur (pelajar Rasail an-Nur) serta kajian-kajian lepas oleh para penyelidik. Hasil dapatan mendapati pendekatan komunikasi dakwah Said Nursi dapat dibahagikan kepada 5 bentuk sebagaimana berikut, iaitu: i) komunikasi Dakwah Sesama Ilmuan/Ulama’ (Scholar), Komunikasi Dakwah Pemerintah (Goverment), Komunikasi Dakwah Terhadap Bukan Islam (Non-Muslim), Komunikasi Dakwah Terhadap Musuh Islam (Enemy) dan Terhadap Orang Awam (Socity). Ternyata model komunikasi dakwah Said Nursi ini menepati salah satu dari enam (6) teras Malaysia Madani yang menjadi tonggak pentadbiran hari ini.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Noor, Muaz UNSPECIFIED Suyurno, S Salahudin UNSPECIFIED Mohd Sairi, Faridah UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Sacred books B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 7-9 |
| Keywords: | Komunikasi dakwah, Dakwah efektif, Badiuzzaman Said Nursi, Rasail an-Nur |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/130133 |
