Pembangunan model akhlak remaja berpendekatan tahfiz di Malaysia

Abdul Mutalib, Mohamad Ghazi Faris (2025) Pembangunan model akhlak remaja berpendekatan tahfiz di Malaysia. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Gejala keruntuhan akhlak remaja Muslim pada saban hari semakin meningkat dan membimbangkan seterusnya ia menjadi ancaman besar terhadap kemenjadian generasi pelapis negara pada masa depan. Ia berpunca dari kurangnya didikan agama, latar belakang keluarga yang bermasalah, nilai pendidikan yang rendah, teknologi yang berleluasa dan pengaruh rakan yang memberi kesan terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Oleh yang demikian, objektif kajian ialah (i) Mengenalpasti pendekatan tahfiz sedia ada di Malaysia, (ii) Mengenalpasti pendekatan tahfiz yang sesuai diterapkan dalam pembentukan akhlak remaja Muslim dan (iii) Membangunkan model akhlak remaja berpendekatan tahfiz di Malaysia. Reka bentuk kajian kualitatif berpendekatan kajian kes. Kajian bermula dengan sorotan literatur, diikuti temu bual dua wakil dari Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA) dan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (PINTA) seterusnya temu bual terhadap empat orang pakar bidang dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kesemua informan kajian telah dipilih menggunakan persampelan bertujuan (purposif), manakala data-data temu bual telah dianalisis menggunakan analisis tematik berbantukan Perisian ATLAS ti9. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat tujuh pendekatan tahfiz sedia ada di Malaysia iaitu (i) Pendekatan agama dan keilmuan (ii) Pendekatan pendidikan, tarbiah dan adab, (iii) Pendekatan sokongan sosial (iv) Pendekatan pembentukan personaliti (v) Pendekatan disiplin, (vi) Pendekatan kepimpinan dan (vii) Pendekatan psikiatri. Seterusnya, terdapat hubungan yang signifikan antara psikologi remaja dengan pendekatan tahfiz yang mendatangkan perubahan positif terhadap akhlak remaja Muslim. Akhirnya, model akhlak remaja berpendekatan tahfiz telah berjaya dibangunkan hasil triangulasi data kajian iaitu sorotan literatur, data temu bual wakil tahfiz dan data temu bual pakar bidang UA terpilih di Malaysia. Oleh yang demikian, diharapkan model konseptual ini dapat membantu pihak berkepentingan remaja di negara dalam mengenengahkan pendekatan tahfiz sebagai salah satu solusi penyelesaian terhadap isu keruntuhan akhlak remaja Muslim. Ia membuktikan bahawa pendekatan berasaskan sumber alQuran sangat sesuai digunakan dalam pemulihan dan pembentukan akhlak remaja Muslim selari dengan fitrah kejadian manusia ciptaan Allah SWT.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Mutalib, Mohamad Ghazi Faris
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran
L Education > LC Special aspects of education > Moral and religious education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Keywords: Pembangunan model, Akhlak remaja, Tahfiz, Malaysia
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129178
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 129178.pdf] Text
129178.pdf

Download (208kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

129178

Indexing

Statistic

Statistic details