Abstract
Filem Instant Family ini merupakan filem yang berkisarkan tentang kekeluargaan. Filem ini adalah berdasarkan kepada kisah benar melalui pengalaman Sean Anders yang mengambil tiga orang anak angkat. Filem ini telah diterbitkan pada 2018. Filem ini bermula apabila pasangan suami dan isteri yang tiada anak, bercadang untuk mengambil anak angkat. Pada mulanya Pete (lakonan Mark Wahlberg) dan Ellie (lakonan Rose Byrne) ingin mengambil Lizzie (lakonan Isabela Merced) sebagai anak angkat, namun mereka terkejut apabila mendapat tahu bahawa Lizzie mempunyai 2 orang adik lagi yang berumur 10 tahun dan 6 tahun. Ibu mereka di dalam tahanan kerana terlibat dengan penagihan dadah. Pelbagai konflik dan adegan berlaku dalam keluarga ini sehinggalah pada saat anak anak ini yang perlu dikembalikan kepada ibu kandung mereka. Saat yang ditunggu oleh Lizzie untuk bersama kembali dengan ibu kandungnya hancur apabila ibunya tidak muncul untuk mengambil mereka adik-beradik.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Salleh, Suzila suzilamsalleh@uitm.edu.my Hamzah, Siti Fatimah Mardiah sfatimah@uitm.edu.my Mohammed, Noor Hafiza hafiza2054@uitm.edu.my Mohamad Yusuf, Hani Sakina hanisakina@uitm.edu.my Ali, Noor Malinjasari noorm726@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Mohd Zahari, Ahmad Suffian ahmadsuf@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Terengganu |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Faculty of Business and Management |
| Journal or Publication Title: | BizNewz |
| ISSN: | 2600 9811 |
| Keywords: | Filem Instant Family, Kebahagiaan itu boleh dicari |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129137 |
