Pendidikan Theory-Based Learning Era 4.0: manfaat kursus teori seni dengan penggunaan platfom AI

Badaruddin, Mohd Iqbal and Mohd Saad, Muhd Luqman Ibnul Hakim and Wahed, Wan Juliana Emeih and Ahmad, Nani Hartina and Mohd Ghazali, Mohd Ifwat and A. Tarmizi, M. Shahrul Hisham and Romat, M. Shukor and Jamaludin, Noor Azzanny (2025) Pendidikan Theory-Based Learning Era 4.0: manfaat kursus teori seni dengan penggunaan platfom AI. Malaysia Journal of Invention and Innovation, 4 (4): 3. pp. 30-37. ISSN 2976-2170

Official URL: https://journal.academicapress.org/aps/index.php/m...

Identification Number (DOI): 10.64382/mjii.v4i4.119

Abstract

Pendidikan teori seni di kalangan pelajar Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) Universiti Teknologi MARA kampus Machang (Kelantan) dan Kota Samarahan (Sarawak) bagi kursus pengajian budaya visual (Visual Culture Studies - VCS) seperti teori seni dan sejarah seni kurang diminati. Melalui pemerhatian, para pelajar KPSK di dua buah kampus lebih selesa dengan kursus berorientasikan studio/practice-based learning. Hal ini disebabkan kaedah pengendalian kursus VCS hanya dipelajari secara teori, berbanding kursus studio seni yang dijalankan secara praktikal dengan menekankan kemahiran khusus. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti penerimaan pelajar KPSK terhadap penggunaan platfom Ai sebagai kaedah dalam pembelajaran yang mampu menghasilkan produk inovasi (termasuk video pembentangan), khususnya melalui kursus teori seni. Di samping itu, kajian secara tidak langsung berhasrat mengetengahkan kepentingan mempelajari dan memahami teori-teori seni melalui penulisan prompt selaras dengan keperluan industri terutamanya selepas tamat pengajian. Hasil kajian menunjukkan konsep pembelajaran yang dihasilkan telah menggalakkan para pelajar KPSK di dua kampus berbeza (bahagian pantai timur & borneo, Malaysia) menterjemahkan teori seni melalui penulisan prompt yang dinyatakan, kepada penghasilan sesebuah rekaan seni dalam jangka masa yang singkat sebelum diterjemahkan dalam pelbagai bentuk merchandise sebagai projek inovasi mereka. Konsep kajian yang dihasilkan merupakan inovasi terhadap bidang pendidikan teori dan sejarah seni khususnya golongan pendidik sebagai usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang praktikal walaupun dalam sesebuah sesi syarahan (kelas). Kerangka konsep yang dicadangkan menjadi satu kaedah yang baik untuk rujukan khususnya dalam bentuk buku panduan kepada para pendidik dan pelajar bagi kursus VCS secara ringkas serta infografik. Reka letak yang tersusun dan mudah difahami, membantu pembaca mengaplikasikan kerangka konsep agar dapat diterjemahkan dengan baik dan efisyen. Secara tidak langsung konsep kajian dapat mengubah pandangan dan persepsi pelajar terhadap kursus teori seni yang sebelum ini bersandarkan kepada syarahan dan nota semata, kepada menerokai perkembangan idea melalui platfom AI.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Badaruddin, Mohd Iqbal
iqbal688@uitm.edu.my
Mohd Saad, Muhd Luqman Ibnul Hakim
luqman701@uitm.edu.my
Wahed, Wan Juliana Emeih
wanjuliana@uitm.edu.my
Ahmad, Nani Hartina
nanihartina@uitm.edu.my
Mohd Ghazali, Mohd Ifwat
ifwat.ghazali@usim.edu.my
A. Tarmizi, M. Shahrul Hisham
shahrul313@uitm.edu.my
Romat, M. Shukor
sukorromat@uitm.edu.my
Jamaludin, Noor Azzanny
iqbal688@uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Technology. Information technology. Internet in higher education
N Fine Arts > N Visual arts (General) > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Malaysia Journal of Invention and Innovation
ISSN: 2976-2170
Volume: 4
Number: 4
Page Range: pp. 30-37
Related URLs:
Keywords: Art, Artificial intelligence, Visual culture
Date: 5 July 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128915
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 128915.pdf] Text
128915.pdf

Download (757kB)

ID Number

128915

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details