e-HappinessIndex: sistem pemantauan indeks kegembiraan staf

Mohammad, Nurhanim Hanani and Zainol, Zuraini and Abdul Rauf, Ummul Fahri (2025) e-HappinessIndex: sistem pemantauan indeks kegembiraan staf. Malaysia Journal of Invention and Innovation, 4 (1): 5. pp. 71-85. ISSN 2976-2170

Official URL: https://journal.academicapress.org/aps/index.php/m...

Identification Number (DOI): 10.64382/mjii.v4i1.95

Abstract

Kebimbangan terhadap kesihatan mental di kalangan pekerja semakin meningkat di Malaysia. Statistik menunjukkan terdapat peningkatan kes bunuh diri dan masalah kesihatan mental di kalangan pekerja, khususnya golongan pekerja berumur 27 hingga 44 tahun. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tidak terkecuali daripada isu ini, terutamanya dengan kebanyakan staf daripada generasi Y. Oleh itu, sistem e-HappinessIndex dibangunkan sebagai solusi untuk mengukur dan memantau kegembiraan serta kesejahteraan mental mereka. Sistem ini bertujuan untuk membentuk persekitaran kerja yang positif dengan memanfaatkan konsep Gross National Happiness (GNH). Melalui soalan-soalan yang merangkumi pelbagai aspek seperti (a) persekitaran di tempat kerja, (b) persepsi terhadap majikan, (c) hubungan dalam organisasi, (d) kemudahan dan kebajikan, (e) pembangunan kerjaya dan pengiktirafan, dan (f) domain psikologi, sistem ini memberikan gambaran holistik terhadap kegembiraan staf. Pendekatan ini dapat membantu pihak pengurusan mengenal pasti masalah dan mengambil tindakan sewajarnya. Dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan pangkalan data MySQL, sistem ini membolehkan staf mengisi penilaian dan melihat hasil indeks kegembiraan mereka. Keputusan ini dapat membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan yang bermakna untuk meningkatkan kesejahteraan staf. Kesimpulannya, sistem ini merupakan langkah proaktif untuk menjaga kesejahteraan mental pekerja di UPNM, dengan harapan dapat memberikan sumbangan positif terhadap pembinaan persekitaran kerja yang seimbang dan berdaya maju

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohammad, Nurhanim Hanani
hanimhanani44@gmail.com
Zainol, Zuraini
zuraini@upnm.edu.my
Abdul Rauf, Ummul Fahri
ummul@upnm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management > Job satisfaction
R Medicine > RA Public aspects of medicine > Health behavior and habits > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Malaysia Journal of Invention and Innovation
ISSN: 2976-2170
Volume: 4
Number: 1
Page Range: pp. 71-85
Related URLs:
Keywords: Employee well-being, Mental health, Quality of work life
Date: 5 January 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128826
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 128826.pdf] Text
128826.pdf

Download (2MB)

ID Number

128826

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details