Nilai dan etika staf pentadbiran UiTM: edisi 4 / Pejabat Pendaftar, UiTM

UiTM, Pejabat Pendaftar (2009) Nilai dan etika staf pentadbiran UiTM: edisi 4 / Pejabat Pendaftar, UiTM. Pejabat Pendaftar, UiTM.

Abstract

Nilai ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Etika pula bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. lanya mengasingkan dan membezakan antara larangan dan tuntutan tingkahlaku di dalam sesuatu amalan atau profesion. Justeru Nilai adalah piawaian dan prinsip yang berfungsi sebagai pengukur. Sesuatu perlu digilap untuk mencapai tahap nilai yang lebih unggul. Nilai manusia adalah pada iman dan perlakuannya yang secocok dengan tuntutan nilai murni agama. Etika ialah sistem gelagat moral manusia yang dipayung oleh nilai murni agama. Nilai dan etika tidak dapat dipisahkan; andai dipisah nilai dan etika pincanglah organisasi dan menularlah sekularisme lantaran etika boleh digubal mengikut keperluan profesion dan nilai sejagat tanpa bertunjang kepada nilai-nilai murni agama.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Pejabat Pendaftar
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Pejabat Pendaftar
Volume: 4/2009
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12840
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of B_NILAI & ETIKA STAF PENTADBIRAN UITM.pdf] Text
B_NILAI & ETIKA STAF PENTADBIRAN UITM.pdf

Download (52MB)

ID Number

12840

Indexing

Statistic

Statistic details