Abstract
Bidang keusahawanan sosial berpotensi sebagai salah satu penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi di samping dapat memperbaiki taraf sosio ekonomi masyarakat. Matlamat utama kewujudannya adalah untuk menyelesaI dan menangani isu sosial dan alam sekitar bagi mewujudkan impak positif, sementara itu, penjanaan pendapatan atau keuntungan hanya sebagai alat untuk mencapai matlamat tersebut. Konsep keusahawanan sosial telah lama wujud di Malaysia iaitu bermula dari tahun 1990-an. Namun perkembangannya yang agak perlahan menyebabkan masyarakat tidak menyedari peranan dan kewujudannya. Pada masa kini ia semakin berkembang dan diaplikasikan melalui pelbagai entiti seperti koperasi, badan amal, organisasi kemasyarakatan dan perusahaan dalam menjalankan aktiviti ekonomi mereka. Keusahawanan sosial semakin menarik minat masyarakat bukan sahaja dari kalangan usahawan, tetapi juga daripada kalangan sektor awam, swasta dan ahli akademik.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hashim, Ina Murni murni134@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business > Malaysia L Education > LC Special aspects of education > Education of special classes of persons > Indigenous peoples |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development |
| ISSN: | 2682-7824 |
| Number: | 11 |
| Page Range: | pp. 1-6 |
| Keywords: | Keusahawanan sosial, SEMy2030, KUSKOP, Komuniti Tukang Jahit, Orang Asli, Pembangunan sosio-ekonomi, Malaysia |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127843 |
