Modul pemasaran digital MASMED pemangkin motivasi keusahawanan masakini

Ab Rahman, Siti Maziah and Mohd Zaki, Adeeba Najihah (2024) Modul pemasaran digital MASMED pemangkin motivasi keusahawanan masakini. Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development, 12. pp. 1-6. ISSN 2682-7824
Abstract

Artikel ini membincangkan kepentingan pembangunan dan pelaksanaan modul pemasaran digital oleh MASMED (Micro, Small, and Medium Enterprises) sebagai pemangkin motivasi keusahawanan dalam era ekonomi digital. Di tengah kemudahan akses maklumat melalui internet, pemasaran telah mengalami transformasi, memerlukan usahawan untuk menguasai alat digital bagi penyempurnaan pemasaran langsung, transformasi organisasi, dan perluasan jangkauan pasaran. Modul pemasaran digital ini dirangka untuk melengkapkan usahawan MASMED dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing. Kandungan modul merangkumi pengenalan kepada keusahawanan, analisis peluang perniagaan, dan pembangunan kemahiran kreatif, berkualiti, serta berdaya saing tinggi. Ciri-ciri utama modul termasuk pengenalan keusahawanan, analisis peluang perniagaan, pembangunan kemahiran kreatif, literasi digital, kolaborasi, dan pembelajaran terbuka. Matlamat utama modul ini adalah untuk membolehkan usahawan memahami dan mengaplikasikan strategi pemasaran digital secara efektif, meningkatkan motivasi keusahawanan mereka, dan memastikan keupayaan bersaing dalam landskap perniagaan yang pesat berubah. Program yang berkaitan, seperti bual bicara usahawan tani anjuran UiTM Cawangan Johor, turut menyokong inisiatif ini dengan mempamerkan contoh usahawan muda seperti En Mohd Syukor Ahmad dari Sinar Syukrawi Enterprise.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127697.pdf]
Text
127697.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics