Kisah viral perniagaan ‘Colek Bini’

Ab Rahman, Siti Maziah and Mohd Zaki, Adeeba Najihah (2024) Kisah viral perniagaan ‘Colek Bini’. Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development, 12. pp. 1-6. ISSN 2682-7824

Abstract

Artikel ini mendokumentasikan faktor-faktor yang menyumbang kepada populariti dan kejayaan viral restoran Colek Bini, yang terletak di laluan Jalan Pasir Puteh-Machang-Jeli. Restoran ini menarik perhatian ramai pengunjung dengan menawarkan lebih daripada 50 jenis menu yang unik dan pelbagai, termasuk sajian istimewa seperti Colek Poligami dan Colek Bini Special, yang kesemuanya menampilkan masakan ala Thai yang sedap. Kejayaan Colek Bini dijelaskan melalui empat faktor utama: (1) Kepelbagaian Menu, menawarkan hidangan popular seperti seafood celup tepung dan daging danok; (2) Kualiti Makanan, yang mendapat ulasan positif daripada pelanggan; (3) Lokasi Strategik, berdekatan dengan Pejabat Tanah Daerah Machang dan Litar Memandu Machang, menjadikannya mudah diakses; dan (4) Pemasaran Viral, yang digerakkan melalui perkongsian video dan ulasan positif pelanggan di platform media sosial seperti YouTube. Gabungan keunikan produk, lokasi yang strategik, dan promosi digital yang berkesan telah menyebabkan restoran ini sentiasa penuh, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai fenomena viral dalam industri makanan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ab Rahman, Siti Maziah
UNSPECIFIED
Mohd Zaki, Adeeba Najihah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > Marketing > Social aspects. Social marketing
T Technology > TX Home economics > Restaurants, cafeterias, tearooms, etc.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus
Journal or Publication Title: Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development
ISSN: 2682-7824
Volume: 12
Page Range: pp. 1-6
Keywords: Pemasaran viral, Restoran ala Thai, Kepelbagaian menu, Lokasi strategik, Ulasan pelanggan, Machang Kelantan
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127689
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 127689.pdf] Text
127689.pdf

Download (1MB)

ID Number

127689

Indexing

Statistic

Statistic details