Pertandingan The 2nd MEIE 2025 mencungkil bakat inovasi pelajar

Jaini, Azila (2025) Pertandingan The 2nd MEIE 2025 mencungkil bakat inovasi pelajar. Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), 13. pp. 1-6. ISSN 0128-326X
Abstract

Kajian ini menganalisis pelaksanaan dan impak The 2nd MASMED Entrepreneurship Innovation Exhibition 2025 (The 2nd MEIE 2025), sebuah pertandingan inovasi berteraskan keusahawanan yang diadakan oleh UiTM Cawangan Johor, dengan tema "Embracing Digital and Innovation in a Business Landscape". Objektif utama pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kompetensi idea inovasi, menyemarakkan motivasi pelajar, dan memantapkan penggunaan pemasaran digital dalam aktiviti keusahawanan. Pertandingan ini dijalankan secara atas talian, melibatkan penyertaan 83 kumpulan yang terdiri daripada 296 pelajar dari Kampus Segamat dan Pasir Gudang, merentasi tiga kategori utama: Inovasi Idea Keusahawanan, Kempen Pemasaran Digital, dan Usahawan Digital. Setiap kumpulan diselia oleh seorang mentor (pensyarah) untuk memberi khidmat nasihat. Selain hadiah wang tunai dan sijil penyertaan, pertandingan ini berjaya memberi pendedahan praktikal kepada pelajar untuk menggabungkan inovasi idea dengan teknik pemasaran digital, sekali gus memupuk nilai kerjasama dan meningkatkan daya saing serta kompetitif dalam kalangan pelajar sebagai persediaan untuk landskap perniagaan moden.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127600.pdf]
Text
127600.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics