Durian: antara simbol kemewahan dan makanan rakyat

Ab Latif, Amminudin (2025) Durian: antara simbol kemewahan dan makanan rakyat. Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development, 14. pp. 1-5. ISSN 2682-7824
Abstract

Artikel ini membincangkan landskap industri penanaman durian di Malaysia dengan tumpuan khusus terhadap peranan negeri Pahang sebagai pengeluar utama variiti premium seperti Musang King (D197), yang didorong oleh kelebihan faktor geografi tanah laterit dan iklim tropika setempat. Penulisan ini menganalisis stratifikasi pasaran semasa yang menyaksikan pemisahan ketara antara segmen durian eksklusif bernilai tinggi—yang dipengaruhi oleh kos input, perubahan iklim, dan permintaan eksport—dengan variiti tempatan atau 'durian kampung' yang kekal sebagai alternatif mampu milik. Isu sosio-ekonomi turut diketengahkan, di mana lonjakan harga kategori premium berisiko menjadikan "Raja Buah" ini sebagai komoditi elit yang meminggirkan akses masyarakat umum. Juseteru, artikel ini mencadangkan keperluan intervensi strategik melalui mekanisme kawalan harga dan semakan semula rantaian bekalan domestik bagi mengimbangi keuntungan komersial dengan kelestarian aksesibiliti budaya pemakanan durian untuk semua lapisan masyarakat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127413.pdf]
Text
127413.pdf
Download (623kB)
Indexing & Metrics