Abstract
Artikel ini membincangkan landskap industri penanaman durian di Malaysia dengan tumpuan khusus terhadap peranan negeri Pahang sebagai pengeluar utama variiti premium seperti Musang King (D197), yang didorong oleh kelebihan faktor geografi tanah laterit dan iklim tropika setempat. Penulisan ini menganalisis stratifikasi pasaran semasa yang menyaksikan pemisahan ketara antara segmen durian eksklusif bernilai tinggi—yang dipengaruhi oleh kos input, perubahan iklim, dan permintaan eksport—dengan variiti tempatan atau 'durian kampung' yang kekal sebagai alternatif mampu milik. Isu sosio-ekonomi turut diketengahkan, di mana lonjakan harga kategori premium berisiko menjadikan "Raja Buah" ini sebagai komoditi elit yang meminggirkan akses masyarakat umum. Juseteru, artikel ini mencadangkan keperluan intervensi strategik melalui mekanisme kawalan harga dan semakan semula rantaian bekalan domestik bagi mengimbangi keuntungan komersial dengan kelestarian aksesibiliti budaya pemakanan durian untuk semua lapisan masyarakat.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Latif, Amminudin UNSPECIFIED |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > General special > Malaysia H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Special industries and trades S Agriculture > SB Plant culture > Fruit trees > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development |
| ISSN: | 2682-7824 |
| Volume: | 14 |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Keywords: | Industri durian, Ekonomi pertanian, Musang king, Pahang, Rantaian Bekalan makanan, Sekuriti makanan |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127413 |
