7 tips dalam perniagaan retort: panduan usahawan muda

Pahmi, Muhamad Ismail and Ahmad, Ros Hasri (2025) 7 tips dalam perniagaan retort: panduan usahawan muda. MASMED, Jun (14). pp. 1-5. ISSN 2682-7824

Abstract

Perniagaan makanan retort di Malaysia mengalami pertumbuhan pesat, terutamanya selepas pandemik COVID-19, kerana ia menawarkan penyelesaian kepada isu pergerakan dan penghantaran yang terhad. Teknologi retort membolehkan makanan diproses dan dibungkus secara steril, tahan lama tanpa memerlukan penyejukan, dan bebas pengawet, menjadikannya sangat sesuai untuk gaya hidup moden yang memerlukan makanan sedia untuk dimakan (ready-to-eat, RTE) yang mudah dan cepat. Artikel ini menggariskan tujuh (7) tip penting untuk usahawan muda yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan retort. Panduan ini menekankan keperluan memahami teknologi retort dan fungsinya, memilih menu yang sesuai (seperti rendang atau kari) yang stabil terhadap pemprosesan haba, dan mengikuti kursus serta latihan daripada agensi seperti MARDI atau FAMA bagi memastikan kawalan kualiti dan keselamatan makanan. Selain itu, usahawan dinasihatkan untuk memulakan secara kecil-kecilan untuk menguji pasaran dan mendapatkan maklum balas, merancang strategi pemasaran menggunakan media sosial dan platform e-dagang, merancang kewangan dengan baik termasuk mendapatkan sokongan daripada agensi seperti MARA atau TEKUN, dan akhir sekali, mencipta identiti jenama yang mampu menggambarkan kualiti produk. Kesimpulannya, perniagaan retort adalah gabungan inovasi dan tradisi makanan tempatan, menawarkan kemudahan, kualiti, dan kebolehpercayaan. Dengan ilmu dan strategi yang tepat, perniagaan ini berpotensi menjadi sumber pendapatan yang mampan dan berdaya saing.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Pahmi, Muhamad Ismail
UNSPECIFIED
Ahmad, Ros Hasri
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business > Malaysia
T Technology > TP Chemical technology > Food processing and manufacture > Packaging
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus
Journal or Publication Title: MASMED
ISSN: 2682-7824
Volume: Jun
Number: 14
Page Range: pp. 1-5
Keywords: Makanan retort, Teknologi retort, Usahawan muda, Ready-to-eat (RTE), Pemasaran digital, Strategi perniagaan
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127398
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 127398.pdf] Text
127398.pdf

Download (653kB)

ID Number

127398

Indexing

Statistic

Statistic details