Faktor komitmen pasukan kerja dan kesannya terhadap prestasi pasukan kerja: Pendidikan YPJ Johor Bahru

Uteh, Nor Fazlin and Zoolkefli, Zuliana (2012) Faktor komitmen pasukan kerja dan kesannya terhadap prestasi pasukan kerja: Pendidikan YPJ Johor Bahru. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Beban kerja yang tinggi dan konflik yang berlaku dalam pasukan kerja boleh menyebabkan pekerja hilang tumpuan terhadap tugas, yang akhirnya boleh mengakibatkan kesilapan dalam tugasan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan faktor komitmen terhadap prestasi pasukan kerja serta mengenal pasti faktor komitmen pasukan kerja yang paling kuat mempengaruhi prestasi tersebut. Seramai 150 orang responden yang terdiri daripada pekerja di Kumpulan Yayasan Pendidikan Johor (YPJ) terlibat dalam kajian ini. Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini terdiri daripada faktor komitmen pasukan kerja, iaitu faktor individu dan faktor pasukan. Faktor individu merangkumi tiga elemen iaitu ganjaran dan layanan, perubahan kerja, serta jaminan kerja dan masa depan, manakala faktor pasukan merangkumi lima elemen iaitu matlamat yang jelas, kepimpinan yang efektif, komunikasi berkesan, keterlibatan dalam membuat keputusan, dan keterlibatan dalam menyelesaikan masalah. Pemboleh ubah bersandar pula ialah prestasi pasukan kerja. Data kajian dianalisis menggunakan Ujian Korelasi Pearson dan Regresi Berganda bagi melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara komitmen dengan prestasi pasukan kerja. Dapatan ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada organisasi untuk meningkatkan komitmen pasukan kerja serta mengembangkan lagi bidang pengurusan pasukan kerja.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127372.pdf]
Text
127372.pdf
Download (447kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics