Abstract
Beban kerja yang tinggi dan konflik yang berlaku dalam pasukan kerja boleh menyebabkan pekerja hilang tumpuan terhadap tugas, yang akhirnya boleh mengakibatkan kesilapan dalam tugasan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan faktor komitmen terhadap prestasi pasukan kerja serta mengenal pasti faktor komitmen pasukan kerja yang paling kuat mempengaruhi prestasi tersebut. Seramai 150 orang responden yang terdiri daripada pekerja di Kumpulan Yayasan Pendidikan Johor (YPJ) terlibat dalam kajian ini. Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini terdiri daripada faktor komitmen pasukan kerja, iaitu faktor individu dan faktor pasukan. Faktor individu merangkumi tiga elemen iaitu ganjaran dan layanan, perubahan kerja, serta jaminan kerja dan masa depan, manakala faktor pasukan merangkumi lima elemen iaitu matlamat yang jelas, kepimpinan yang efektif, komunikasi berkesan, keterlibatan dalam membuat keputusan, dan keterlibatan dalam menyelesaikan masalah. Pemboleh ubah bersandar pula ialah prestasi pasukan kerja. Data kajian dianalisis menggunakan Ujian Korelasi Pearson dan Regresi Berganda bagi melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara komitmen dengan prestasi pasukan kerja. Dapatan ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada organisasi untuk meningkatkan komitmen pasukan kerja serta mengembangkan lagi bidang pengurusan pasukan kerja.
Metadata
| Item Type: | Research Reports |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Uteh, Nor Fazlin UNSPECIFIED Zoolkefli, Zuliana UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Work groups. Team work in industry. Quality circles |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Others Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Keywords: | Prestasi pasukan kerja, Komitmen kerja, Beban kerja, Konflik pasukan, Kumpulan Yayasan Pendidikan Johor (YPJ) |
| Date: | 2012 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127372 |
Download
127372.pdf
Download (447kB)
Digital Copy
Physical Copy
ID Number
127372
Indexing
