Faktor-faktor penyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik pelajar MDAB: kajian di UiTM Johor

Mohd Salleh, Rosnani and Shaari@Mat Saman, Nurulhasni (2012) Faktor-faktor penyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik pelajar MDAB: kajian di UiTM Johor. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini menumpukan kepada faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik pelajar di bawah program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Johor. Fokus ini didorong oleh pencapaian pelajar MDAB yang dilihat kurang memberangsangkan berbanding pelajar lain walaupun pelbagai kemudahan telah disediakan. Kajian ini mendalami permasalahan yang dihadapi oleh pelajar bagi mengenal pasti punca kemerosotan tersebut. Di samping itu, kajian ini turut menjelaskan latar belakang MDAB secara khusus, termasuk syarat permohonan serta keistimewaan dan kemudahan yang disediakan oleh UiTM kepada pelajar program ini. Akhir sekali, penulis mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian terhadap punca permasalahan yang dikenal pasti bagi meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar MDAB, khususnya di UiTM Johor.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127362.pdf]
Text
127362.pdf
Download (458kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics