Gangguan bahasa ibunda dalam pembelajaran Bahasa Mandarin di kalangan pelajar Melayu UiTM Johor: satu analisis kesilapan sintaksis

Ling Ling, Toh and Jalaluddin, Ainol Hasanal and Sheau Ping, Wee (2005) Gangguan bahasa ibunda dalam pembelajaran Bahasa Mandarin di kalangan pelajar Melayu UiTM Johor: satu analisis kesilapan sintaksis. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini meneliti jenis-jenis kesilapan sintaksis di kalangan pelajar-pelajar Melayu UiTM Johor dalam pembelajaran Bahasa Mandarin yang disebabkan Oleh gangguan bahasa ibunda. Subjek kajian ini ialah pelajar-pelajar Melayu semester ketiga UiTM Johor yang mengambil Bahasa Mandarin I sebagai bahasa ketiga dalam kursus diploma pada semester November 2004- April 2005. Untuk menunjukkan perbezaan sintaksis antara bahasa sasaran dan bahasa ibunda, iaitu Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu, satu perbandingan struktur ayat akan dibuat. Ayat-ayat yang dikaji terbatas kepada ayat-ayat yang sedia ada dalam buku teks kursus Bahasa Mandarin I demi keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Dari hasil perbandingan struktur ayat Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu, jenisjenis kesilapan yang dilakukan Oleh para pelajar yang disebabkan Oleh gangguan bahasa ibunda akan dikenalpasti dan dikaji. Di samping itu, punca-punca kesilapan selain daripada gangguan bahaSa ibunda juga dapat dikenalpasti. Dengan memastikan jenis-jenis kesilapan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya, kajian ini juga akan mengemukakan beberapa langkah pemulihan untuk mengatasi masalah-masalah penguasaan sintaksis Bahasa Mandarin di kalangan pelajar Melayu di UiTM Johor khasnya dan di luar UiTM Johor amnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127336.pdf]
Text
127336.pdf
Download (593kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics