Abstract
Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara fakulti perintis yang menekankan latihan praktikal di samping mengaplikasikan teori dalam pembelajaran. Dekan Fakulti Undang-Undang, Prof. Madya Dr. Nur Ezan Rahmat menegaskan, pendekatan ini telah menjadikan graduan UiTM lebih bersedia menghadapi dunia kerjaya sebaik sahaja menamatkan pengajian. “Fakulti Undang-Undang UiTM adalah antara perintis yang memperkenalkan simulasi untuk pelajar tahun akhir belajar seperti bekerja di firma guaman masing-masing. Mereka clock in, clock out dan duduk di dalam firma guaman, bukan sahaja belajar tetapi juga merasai suasana sebenar dunia pekerjaan. Kaedah ini kemudiannya diikuti pula oleh universiti lain seperti UM, UKM dan UIA,” katanya. Pendekatan ini membuahkan hasil apabila kadar kebolehpasaran graduan kini mencapai 92.1 peratus. Malah, sebahagian daripada mereka telah pun mendapat tempat di industri firma guaman, sejurus selepas tamat tempoh chambering. Selain itu, UiTM turut kekal berdaya saing di pentas antarabangsa dengan mengekalkan kedudukan ke 301-305 dalam QS World University Ranking serta menjadi university nombor satu negara dalam penilaian Times Higher Education.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Suhaini, Zaidatul Insyirah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | Warta Konvo 102 |
| Keywords: | Warta 102, Konvokesyen, UiTM, Fakulti Undang-undang |
| Collections: | Konvokesyen UiTM |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126213 |
