Abstract
Pada 23 Mac 2007, UiTM Sarawak telah menerima kunjungan rombongan daripada UiTM Perak yang diketuai oleh Pengarah UiTM iaitu Professor Dr. Abdullah Mohamad Said, Timbalan Pengarah HEA dan HEP serta Ahli -ahli jawatankuasa Unit Kualiti UiTM Perak. Dalam sesi taklimat, Pengarah Kampus UiTM Sarawak, Prof. Madya Dr Jamil Haji Hamali telah berkongsi pengalaman mengenai gerakan serta inisiatif kualiti yang dilaksanakan oleh Unit Kualiti di kampus ini yang merupakan tunggak utama menyumbang kepada kecermerlangan UiTM Sarawak. Ahli-ahli rombongan amat gembira serta berbesar hati terhadap layanan yang telah diberikan oleh pihak UiTM Sarawak. Mereka juga berharap pihak UiTM Sarawak akan mengadakan lawatan balas ke UiTM Perak. Ahli-ahli rombongan juga berpeluang melawat ke tempat-tempat lain di antaranya; UNIMAS dan Kampung Budaya. Para tetamu juga turut diraikan di dalam majlis makan malam di Restoran Gamelan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Joseph, Corina UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
| Journal or Publication Title: | Info Kampus UiTM Sarawak |
| Keywords: | kunjungan hormat, inisiatif, pengalaman |
| Date: | 15 May 2007 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126183 |
