RePlasPro sebagai model pedagogi inovatif: menghubungkan pembelajaran maklum STEM dengan penghasilan produk kitar semula

Zolkaflee, Zuraidawati and Dhayalan, Kaushalya and Samsuddin, Ismail and Tan, Keh Chin and Mat Yusoff, Hasmawi (2025) RePlasPro sebagai model pedagogi inovatif: menghubungkan pembelajaran maklum STEM dengan penghasilan produk kitar semula. In: The Fourth International Competition on Sustainable Education 2025, 20th August 2025.

Abstract

Kajian ini meneroka keberkesanan RePlasPro, sebuah model pedagogi berasaskan pembelajaran projek (PBP), dalam mengintegrasikan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan penghasilan produk kitar semula oleh murid sekolah rendah. Pendekatan ini menekankan aplikasi pengetahuan secara kontekstual, pemikiran kreatif, dan penyelesaian masalah dunia sebenar dalam isu pengurusan sisa plastik. Seramai 60 orang murid Tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang, terlibat dalam kajian kuasi-eksperimental ini. Data dikumpul melalui instrumen soal selidik, pemerhatian dan portfolio tugasan, serta dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif dan inferensi (uji-t berpasangan). Dapatan menunjukkan peningkatan signifikan dalam penguasaan kemahiran STEM, kemahiran insaniah seperti kerjasama dan kepimpinan, serta pembentukan sikap lestari terhadap alam sekitar. Selain memperkukuh pedagogi STEM yang bermakna dan relevan, kajian ini turut menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terpilih iaitu SDG4, SDG 9, SDG 11, SDG 12, SDG 13 dan SDG 17. Kajian ini mencadangkan bahawa RePlasPro berpotensi untuk diperluas sebagai kerangka pendidikan lestari dalam konteks sekolah rendah, selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan SUSED 2025.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zolkaflee, Zuraidawati
UNSPECIFIED
Dhayalan, Kaushalya
UNSPECIFIED
Samsuddin, Ismail
UNSPECIFIED
Tan, Keh Chin
UNSPECIFIED
Mat Yusoff, Hasmawi
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Education and training of teachers and administrators
L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: The International Competition on Sustainable Education 2025 E-Proceeding
Event Title: The Fourth International Competition on Sustainable Education 2025
Event Dates: 20th August 2025
Page Range: pp. 698-700
Keywords: Pengurusan sisa plastic, pembelajaran STEM, Pedagogi berasaskan projek, Pendidikan Lestari, RePlasPro
Date: September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126027
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 126027.pdf] Text
126027.pdf

Download (1MB)

ID Number

126027

Indexing

Statistic

Statistic details