Abstract
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kecekapan murid Tahun 6 dalam menghadapi cabaran dunia VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity, Ambiguity) melalui pendekatan pembelajaran inovatif yang berteraskan kemahiran abad ke-21 dan matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Berdasarkan refleksi pengajaran terdahulu, murid menunjukkan kesukaran dalam menyelesaikan masalah terbuka, kurang keyakinan diri, dan terlalu bergantung kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini menggunakan reka bentuk tindakan model Kemmis dan McTaggart (1988) yang melibatkan empat fasa utama: perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.Tinjauan awal menggunakan kaedah triangulasi secara pemerhatian, temu bual separa berstruktur dan ujian diagnostik telah mengenal pasti beberapa isu utama, antaranya ialah kelemahan dalam pemikiran fleksibel, pasif dalam kolaborasi, dan ketidakupayaan bertindak dalam situasi tidak menentu. Intervensi dilaksanakan melalui pelaksanaan strategi pembelajaran berasaskan projek, penggunaan Kad VUCA, Box of Challenge, dan Peta Minda Digital. Intervensi ini direka untuk memupuk pemikiran kreatif, daya tahan kendiri dan penyelesaian masalah secara aktif.Dapatan awal menunjukkan peningkatan dalam penglibatan murid, keyakinan untuk mencuba idea baharu, dan keberanian menghadapi cabaran tidak berstruktur. Kajian ini menyokong SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 8 (Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi) dan SDG 9 (Inovasi dan Infrastruktur), serta mengukuhkan hujah bahawa pendekatan pedagogi inovatif mampu menyediakan murid untuk masa depan yang lebih mencabar dan dinamik.
Metadata
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Samsuddin, Ismail UNSPECIFIED Zolkaflee, Zuraidawati UNSPECIFIED Tan, Keh Chin UNSPECIFIED Mohd Daud, Mohd Hanapi UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Study skills L Education > LB Theory and practice of education > Educational tests and measurements |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
| Journal or Publication Title: | The International Competition on Sustainable Education 2025 E-Proceeding |
| Event Title: | The Fourth International Competition on Sustainable Education 2025 |
| Event Dates: | 20th August 2025 |
| Page Range: | pp. 655-659 |
| Keywords: | VUCA, pembelajaran inovatif, kemahiran abad ke-21, pendidikan lestari, kecekapan murid |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125967 |
