MindRest: intervensi audio-visual terapeutik bagi meningkatkan kualiti tidur dan kesihatan

Mohd Izhar, Fizzy Sherani and Abd Rahman, Mohd Fahridzakki and Abd Razak, Mohammad Akmal and Nordin, Mohammad Hazim Amir and Jalal, Nurul Shafiqah (2025) MindRest: intervensi audio-visual terapeutik bagi meningkatkan kualiti tidur dan kesihatan. In: The Fourth International Competition on Sustainable Education 2025, 20th August 2025.

Abstract

Insomnia merupakan isu serius dalam kalangan warga pendidikan yang menjejaskan kualiti tidur, fokus, kestabilan emosi, dan kesejahteraan keseluruhan. Inovasi MindRest, berasaskan prinsip Cognitive Behavioural Therapy for Insomnia (CBT-I), dibangunkan sebagai intervensi kendiri yang lembut dan mesra pengguna melalui audio ambient dan visualisasi menenangkan. Kajian ini melibatkan 16 responden (pensyarah, staf, dan pelajar IPGKRM) yang mengikuti dua sesi intervensi iaitu mendengar audio ambient selama 15 minit dan menonton visualisasi dengan audio sama dalam suasana relaksasi terkawal. Instrumen penilaian menggunakan 8 item skala Likert yang diinspirasikan daripada Insomnia Severity Index (ISI) dan Perceived Stress Scale (PSS). Hasil kajian menunjukkan 100% responden berasa lebih tenang selepas intervensi, majoriti melaporkan fikiran lebih teratur dan tekanan berkurangan, manakala 56% tertidur secara tidak sengaja semasa sesi; dengan skor purata semua item melebihi 4.0/5. Dapatan ini membuktikan MindRest berkesan dalam meningkatkan ketenangan emosi serta kualiti tidur, mudah diakses tanpa peralatan khas, dan berpotensi dikembangkan sebagai modul sokongan relaksasi kendiri serta komponen kesihatan mental di institusi pendidikan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Izhar, Fizzy Sherani
UNSPECIFIED
Abd Rahman, Mohd Fahridzakki
UNSPECIFIED
Abd Razak, Mohammad Akmal
UNSPECIFIED
Nordin, Mohammad Hazim Amir
UNSPECIFIED
Jalal, Nurul Shafiqah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Audiovisual education. Audiovisual materials
L Education > LB Theory and practice of education > Educational psychology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: The International Competition on Sustainable Education 2025 E-Proceeding
Event Title: The Fourth International Competition on Sustainable Education 2025
Event Dates: 20th August 2025
Page Range: pp. 644-647
Keywords: Insomnia, muzik ambient, intervensi holistik, psikometri, kesihatan mental
Date: September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125957
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 125957.pdf] Text
125957.pdf

Download (1MB)

ID Number

125957

Indexing

Statistic

Statistic details