Analisis kos-manfaat RePlasPro : transformasi plastik terbuang menjadi produk inovatif

Mahazir, Nur Yasmin and Samsuddin, Ismail and Paramanandam, Sunita Devi Arafat and Mat Yusoff, Hasmawi and Abd Razak, Nurul Saqinah (2025) Analisis kos-manfaat RePlasPro : transformasi plastik terbuang menjadi produk inovatif. In: The Fourth International Competition on Sustainable Education 2025, 20th August 2025.

Abstract

Plastik merupakan pencemar utama alam sekitar yang memerlukan pengurusan lestari (Nasir & Zaini, 2021). Kajian ini menilai keberkesanan Program RePlasPro (Recycling Plastic Products) di SK Rantau Panjang, Klang, selama enam bulan bermula September 2024. Program ini bertujuan memberi nilai tambah kepada sisa plastik melalui pendekatan kolaboratif melibatkan guru, murid, PIBG, Syarikat kitar semula dan NGO (Ahmad & Hashim, 2022). Data dikumpul melalui pemerhatian, soal selidik, pameran serta rekod kewangan, dan dianalisis dari segi kos, manfaat dan impak pelaksanaan. Dapatan menunjukkan program ini menjana pulangan kewangan bersih sebanyak RM6,780.00 serta Berjaya mengitar semula lebih 260 kg plastik. Menurut Yusof & Salim (2020) murid memperoleh manfaat dalam bentuk peningkatan kesedaran tentang kitar semula, kemahiran kerja tangan, keusahawanan dan pembelajaran merentas kurikulum melalui program ini. Seramai lebih 3,073 murid dan 177 guru terlibat secara langsung, menyemai budaya hijau yang meluas hingga ke peringkat keluarga dan komuniti. RePlasPro terbukti berkesan bukan sahaja dari sudut kewangan dan alam sekitar, tetapi juga dalam membentuk generasi yang lebih peka dan kreatif. Ia berpotensi diperluas ke sekolah lain sebagai model pengurusan sisa plastik yang mampan. Inisiatif ini turut menyumbang secara langsung kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) seperti Pendidikan Berkualiti (SDG 4), Inovasi (SDG 9), Komuniti Mampan (SDG 11), Pengeluaran Bertanggungjawab (SDG 12), Tindakan Iklim (SDG 13) dan Perkongsian Global (SDG 17).

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mahazir, Nur Yasmin
UNSPECIFIED
Samsuddin, Ismail
UNSPECIFIED
Paramanandam, Sunita Devi Arafat
UNSPECIFIED
Mat Yusoff, Hasmawi
UNSPECIFIED
Abd Razak, Nurul Saqinah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Technological innovations
L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: The International Competition on Sustainable Education 2025 E-Proceeding
Event Title: The Fourth International Competition on Sustainable Education 2025
Event Dates: 20th August 2025
Page Range: pp. 523-527
Keywords: Kitar semula plastik, pengurusan lestari, kesedaran alam sekitar, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)
Date: September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125837
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 125837.pdf] Text
125837.pdf

Download (1MB)

ID Number

125837

Indexing

Statistic

Statistic details