Model Integrasi Indeks Utama Prestasi (MIIUPA-KPIAs) Agensi Payung Industri Homestay Melayu Malaysia / Hasan Abdullah ... [et al.]

Abdullah, Hasan and Wahab, Samsudin and Shahibi, Mohd Sazili and Malim, Muhammad Rozi and Ali, Juwahir (2013) Model Integrasi Indeks Utama Prestasi (MIIUPA-KPIAs) Agensi Payung Industri Homestay Melayu Malaysia / Hasan Abdullah ... [et al.]. Jurnal Pemikiran dan Kepimpinan Melayu. pp. 53-71. ISSN 2289-5744

Abstract

Kajian melalui geran RMI berjumlah RM20,000 telah mengenalpasti beberapa sumbangan industri
homestay kepada penjanaan ekonomi. Antara sumbangannya ialah terhadap pembinaan kilang-kilang di
kawasan sekitar, peningkatan aktiviti-aktiviti kebudayaan, peningkatan peniaga dalam pengeluaran dan
perniagaan kuih tradisional, merancakkan industri katering, peningkatan pembangunan infrastruktur dan
prasarana berkaitan pelancongan, memartabatkan industri pertukangan, mewujudkan kampung
berinternet (ICT). Dapatan ini menunjukkan bahawa semua usaha yang dilakukan oleh kerajaan melalui
gabungan berbagai agensi dan kementerian telah memberikan impak yang besar kepada penjanaan
ekonomi setempat secara mikro seterusnya kepada skop makro secara langsung telah memberi kesan
kepada kekukuhan ekonomi negara. Dapatan ini boleh dijadikan satu model penentuan Indeks Prestasi
Kementerian (KPI) setiap agensi dan kementerian yang terlibat. Hasilnya, satu model integrasi Indeks
Prestasi Kementerian (KPI) bagi Kementerian Pelancongan, Persatuan Homestay Negeri, Medan Infodesa
(MID), Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Pusat Penerangan Pelancongan Negeri,
Jawatankuasa Pelancongan Negeri dan Jabatan Kemajuan Masyarakat negeri yang khusus kepada usaha
membantu homestay dapat diutarakan. Indeks KPI ini sesuai diintegrasikan kepada agensi-agensi ini
kerana ia terbabit secara langsung kepada kejayaan industri homestay Melayu. Model integrasi ini
merupakan satu produk atau hasilan yang boleh membanggakan UiTM untuk diketengahkan kepada
setiap agensi sebagai satu ‘tool’ untuk mengukur sumbangan mereka kepada negara secara konsisten
melalui aktiviti serampang tiga mata khususnya dalam membangunkan industri homestay Melayu ke
peringkat dunia global.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah, Hasan
UNSPECIFIED
Wahab, Samsudin
UNSPECIFIED
Shahibi, Mohd Sazili
UNSPECIFIED
Malim, Muhammad Rozi
UNSPECIFIED
Ali, Juwahir
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > Malays (Asian people)
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Industry
H Social Sciences > HF Commerce > Consumer behavior. Consumers' preferences. Consumer research. Including consumer profiling
T Technology > TX Home economics > Hospitality industry. Hotels, clubs, restaurants, etc. Food service
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Journal or Publication Title: Jurnal Pemikiran dan Kepimpinan Melayu
ISSN: 2289-5744
Page Range: pp. 53-71
Keywords: Indeks prestasi agensi, Industri Homestay, Melayu, Ekonomi setempat, Malaysia
Date: 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12583
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_HASAN ABDULLAH IMP 13.pdf] Text
AJ_HASAN ABDULLAH IMP 13.pdf

Download (1MB)

ID Number

12583

Indexing

Statistic

Statistic details