Satu analisis tatabahasa mandarin dalam penterjemahan di kalangan pelajar UiTM Johor Segamat: kajian tentang unsur kata, frasa dan ayat

Peng Hwa, Chong and Yoon Chong, Lim and Ling Ling, Toh (2010) Satu analisis tatabahasa mandarin dalam penterjemahan di kalangan pelajar UiTM Johor Segamat: kajian tentang unsur kata, frasa dan ayat. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini meneliti jenis-jenis kesilapan tatabahasa dalam penterjemahan bahasa Melayu kepada bahasa Mandarin di kalangan pelajar-pelajar Melayu. Subjek kajian ini ialah pelajar-pelajar Melayu semester keempat UiTM Johor yang mengambil Bahasa Mandarin II sebagai bahasa ketiga dalam kursus diploma pada semester Disember 2008-April 2009. Untuk meninjau perbezaan tatabahasa antara bahasa Mandarin dan bahasa Melayu, perbandingan struktur ayat antara bahasa akan dibuat. Ayat-ayat yang dikaji terbatas kepada ayat-ayat terjemahan dalam Kertas Ujian Bertulis Bahasa Mandarin II demi memperlihatkan kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam proses mempelajari bahasa Mandarin. Dari hasil perbandingan struktur ayat bahasa Mandarin dan bahasa Melayu, jenis-jenis kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh para pelajar yang disebabkan oleh gangguan bahasa ibunda akan dikenalpasti dan dikaji. Di samping itu, punca-punca kesilapan selain daripada gangguan bahasa ibunda juga dapat dikenalpasti. Dengan memastikan jenis-jenis kesilapan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya, kajian ini juga akan mengemukakan beberapa langkah pemulihan untuk mengatasi masalah-masalah dalam proses penterjemahan bahasa Mandarin di kalangan pelajar Melayu di UiTM Johor khasnya dan di luar UiTM Johor amnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 125764.pdf]
Text
125764.pdf
Download (425kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics