FonArab: formula pengajaran nombor dan ayat bahasa Arab

Almuddin, Syahirah and Almuddin, Azhani (2025) FonArab: formula pengajaran nombor dan ayat bahasa Arab. In: The Fourth International Competition on Sustainable Education 2025, 20th August 2025.

Abstract

Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan formula telah lama diterapkan dalam pelbagai subjek. Kaedah formula dilihat sesuai untuk diterapkan dalam P&P bahasa Arab. Khususnya bagi topik jenis ayat iaitu ayat kata kerjaan dan ayat kata namaan, serta nombor dan bilangan, penerapan kaedah P&P yang berasaskan formula amat sesuai diterapkan. Hal ini kerana topik-topik ini memerlukan kaedah yang lebih kreatif untuk memudahkan pemahaman pelajar dengan cara yang lebih berkesan. Oleh kerana gaya pembelajaran setiap pelajar adalah berbeza-beza, maka kaedah P&P berasaskan formula dapat membantu pelajar yang cenderung ke arah gaya pembelajaran secara visual. Topik ayat kata kerjaan dan ayat kata namaan serta nombor dan bilangan terkandung di dalam silibus subjek TAC501 Bahasa Arab Permulaan (Tahap III). Subjek ini ditawarkan kepada pelajar ijazah sarjana muda di fakulti-fakulti tertentu sebagai subjek bahasa ketiga di kampus-kampus Universiti Teknologi MARA. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan pengajaran topik jenis ayat iaitu ayat kata kerjaan dan ayat kata namaan serta nombor dan bilangan bahasa Arab berasaskan formula. Kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Borang soal selidik menggunakan google form merupakan instrumen kajian ini bagi mengumpul data kajian. Data dianalisis secara deskriptif berdasarkan peratusan. Hasil maklum balas daripada pelajar menunjukkan bahawa pengajaran berasaskan formula bagi topik ayat kata kerjaan dan ayat kata namaan serta nombor dan bilangan bahasa Arab adalah berkesan untuk diaplikasi.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Almuddin, Syahirah
UNSPECIFIED
Almuddin, Azhani
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: The International Competition on Sustainable Education 2025 E-Proceeding
Event Title: The Fourth International Competition on Sustainable Education 2025
Event Dates: 20th August 2025
Page Range: pp. 210-216
Keywords: Formula, pengajaran, pembelajaran, bahasa Arab
Date: September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125274
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 125274.pdf] Text
125274.pdf

Download (1MB)

ID Number

125274

Indexing

Statistic

Statistic details