Sistem e-Rekod Tasmik Raudzati (e-RTR): mempercepatkan pengurusan data bacaan Al-Quran dan menjana pelaksanaan program intervensi

Yahaya, Mohamad Fadzil and Hamid, Badrud-Din and Abdullah, Nor Afza and Halim, Mohd Hanif and Sulaiman, Fatimah (2025) Sistem e-Rekod Tasmik Raudzati (e-RTR): mempercepatkan pengurusan data bacaan Al-Quran dan menjana pelaksanaan program intervensi. In: The Fourth International Competition on Sustainable Education 2025, 20th August 2025.

Abstract

Pendidikan Islam, khususnya bidang al-Quran, merupakan tunjang utama dalam pembentukan sahsiah dan rohani murid sekolah rendah. Keperluan untuk memastikan penguasaan bacaan al-Quran yang menyeluruh menuntut sistem pemantauan yang efisien, mudah diurus dan responsif terhadap keperluan murid. Namun, pelaksanaan perekodan manual sering kali berdepan isu seperti kehilangan data, ketidakseragaman capaian, kelewatan pelaporan serta kesukaran melaksanakan intervensi berasaskan data. Bagi mengatasi cabaran ini, inovasi e-Rekod Tasmik Raudzati (e-RTR) dibangunkan sebagai satu sistem digital yang berfungsi untuk memperkemas pengurusan data bacaan tasmik murid secara sistematik dan berpusat. Sistem e-RTR dibina menggunakan platform Google Sheets bagi membolehkan guru merekod bacaan al-Quran murid secara terus semasa sesi tasmik dijalankan. Maklumat penting seperti kehadiran, tahap bacaan, fokus murid dan kategori pencapaian dapat direkod dengan teratur. Sistem ini turut dilengkapi fungsi penapisan data yang membantu guru mengenal pasti kumpulan murid tertentu dengan lebih mudah, sekali gus memudahkan perancangan dan pelaksanaan intervensi secara lebih tepat dan berkesan. Selain itu, guru boleh mengakses data secara kendiri pada bila-bila masa, bekerjasama secara langsung dengan guru lain, dan semua maklumat disimpan dengan selamat melalui Google Drive. Inovasi ini telah memberi kesan positif terhadap profesionalisme guru, kelancaran pengurusan tasmik dan keberkesanan intervensi murid. Tanpa memerlukan kos pembangunan, e-RTR mudah diadaptasi di mana-mana sekolah rendah dan berpotensi besar sebagai model pengurusan digital tasmik yang efisien, mampan dan selari dengan arus transformasi Pendidikan digital negara.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yahaya, Mohamad Fadzil
UNSPECIFIED
Hamid, Badrud-Din
UNSPECIFIED
Abdullah, Nor Afza
UNSPECIFIED
Halim, Mohd Hanif
UNSPECIFIED
Sulaiman, Fatimah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: The International Competition on Sustainable Education 2025 E-Proceeding
Event Title: The Fourth International Competition on Sustainable Education 2025
Event Dates: 20th August 2025
Page Range: pp. 132-139
Keywords: Digital, e-Rekod, kemenjadian murid, Tasmik
Date: September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125189
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 125189.pdf] Text
125189.pdf

Download (1MB)

ID Number

125189

Indexing

Statistic

Statistic details