Abstract
Pemahaman murid sekolah rendah terhadap konsep masa dan waktu sering dijadikan tumpuan kajian khususnya apabila wujud kekeliruan dalam membaca dan menentukan tempoh masa serta membezakan masa dalam sistem 12 jam dan 24 jam. Maka, projek inovasi Clock to Be Easy atau CLOCK-2BEz telah dibina menggunakan elemen robotik seperti penggunaan Arduino sebagai alat pendidikan STEM dalam usaha menangani permasalahan tersebut, sekaligus dapat menarik minat murid yang kurang responsive terhadap kaedah konvensional. Kajian ini melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 4 di dua buah sekolah rendah di negeri Perak dengan pemilihan responden dilakukan secara rawak. Data dikumpulkan melalui soal selidik tertutup bersama guru dan murid serta pemerhatian menggunakan instrument senarai semak. Dapatan daripada soal selidik yang melibatkan 40 orang murid tahun 4 menunjukkan bahawa 75% responden sangat bersetuju bahawa penggunaan CLOCK-2BEz membantu mereka memahami konsep Masa dan Waktu dengan lebih mudah, manakala 25% pada tahap setuju dan memuaskan. Sementara itu, daripada 6 orang guru yang terlibat, 50% sangat bersetuju dan 50% bersetuju bahawa CLOCK-2BEz berkesan dalam membantu pemahaman murid terhadap konsep tersebut. Pemerhatian juga merekodkan prestasi sebelum dan selepas intervensi, dengan peningkatan signifikan dalam pencapaian murid. Murid Tahun 1 dan 3 mencatatkan peningkatan yang sama iaitu, 100% murid berada pada tahap 1 sebelum intervensi, namun selepas penggunaan CLOCK-2BEz, 75% meningkat kepada tahap 4 dan 25% kepada tahap 5. Murid Tahun 2 juga menunjukkan peningkatan daripada 85% pada tahap 1 dan 15% pada tahap 2 kepada 45% pada tahap 4 dan 55% pada tahap 5 manakala murid Tahun 4 merekodkan peningkatan sepenuhnya daripada 80% pada tahap 1 dan 20% pada tahap 2 kepada 100% pada tahap 5. Maka, keputusan pengujian di peringkat awal ini membuktikan bahawa CLOCK-2BEz menunjukkan keberkesanan dalam membantu murid memahami konsep masa dan waktu serta mencapai objektif kajian yang ditetapkan.
Metadata
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Yatim, Siti Seri Kartini UNSPECIFIED Mohd Azmi, Muhammad Danial Haikal UNSPECIFIED Ahmad, Nurul Fadhilah UNSPECIFIED T. Aziz, Tuan Nor Azian UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Technological innovations L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
| Journal or Publication Title: | The International Competition on Sustainable Education 2025 E-Proceeding |
| Event Title: | The Fourth International Competition on Sustainable Education 2025 |
| Event Dates: | 20th August 2025 |
| Page Range: | pp. 80-85 |
| Keywords: | Masa dan waktu, CLOCK-2Bez, Arduino, inovasi pendidikan, sekolah sendah |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125033 |
