Abstract
Laluan pejalan kaki di kawasan pusat bandar adalah memberikan pengaruh yang besar di dalam proses perbandaran. Kemudahan ini adalah sebahagian daripada halacara baru pembangunan yang terancang selain mewujudkan alam bina dan alam sekitar yang lebih baik. Bagi kawasan kajian iaitu pusat bandar Johor Bahru masalah perbandaran terutama di dalam aspek lalulintas tetap wujud walaupun pelbagai cara dan kaedah telah dilakukan untuk mengatasinya. Keadaan ini menyebabkan pengaturcaraan elemen lalulintas seperti laluan pejalan kaki turut mengalami konflik. Kepentingan penyediaan elemen ini sering diabaikan menyebabkan wujud masalahmasalah sampingan lain dan secara tidak langsung mengganggu penjanaan aktiviti bandar. Oleh itu penyediaan topik kajian akhir ini adalah bertujuan untuk menilai dan mengkaji kepentingan laluan pejalan kaki seiaras dengan peranannya sebagai salah satu sistem laluan dan kemudahan kepada orang ramai.
Metadata
Item Type: | Thesis (Diploma) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Eddy, Hashim UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah |
Keywords: | Kawalan pembangunan, pejalan kaki, elemen rekabentuk |
Date: | 1996 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1250 |
Download
1250.pdf
Download (55kB)