Trend penyelidikan yang merujuk al-Qaraḍāwiy dalam pubmed central

Ahmad, Thuraya (2025) Trend penyelidikan yang merujuk al-Qaraḍāwiy dalam pubmed central. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 11 (Issue2): 3. pp. 1-17. ISSN 0128-0902

Official URL: https://jcis.uitm.edu.my/journal/volume11/issue2/3...

Identification Number (DOI): 10.24191/jcis.v11i2.3

Abstract

Al-Qaraḍāwiy merupakan ulama kontemporari terkemuka dunia Islam. Namun begitu, pandangan dan pemikiran beliau mendapat kritikan dan tuduhan daripada pihak yang tidak menyokongnya. Umpamanya, terdapat persepsi yang menyebut bahawa al-Qaraḍāwiy dikaitkan dengan keganasan puak ektremis dan hanya disenangi serta dijadikan rujukan oleh dunia Islam. Justeru persepsi ini menjadi permasalahan utama yang mendorong kajian ini untuk meninjau trend penyelidikan yang merujuk al-Qaraḍāwiy dari seluruh dunia. Kajian ini menggunakan pendekatan bibliometrik dengan memfokuskan kepada arkib PubMed Central® (PMC) yang hanya mengumpul penyelidikan bermutu tinggi. Kajian ini mengumpul semua penyelidikan yang merujuk kepada al-Qaraḍāwiy. Data bibliometrik tersebut kemudiannya diteliti secara manual untuk tujuan analisis. Hasilnya, kajian dapat mengumpulkan 18 penyelidikan yang bertarikh dari 2004 hingga 2022, empat daripadanya dihasilkan oleh negara Islam. Kesemua penyelidikan tersebut memberikan pengiktirafan positif kepada al-Qaraḍāwiy kecuali satu daripada United Kingdom yang memberi persepsi negatif dan dua daripada Indonesia dan Kanada yang masing-masing tidak menyatakan sebarang persepsi. 16 daripada penyelidikan tersebut merujuk fatwanya, manakala satu penyelidikan merujuk kepada pandangannya kepada isu dan satu lagi merujuk kepada sambutan masyarakat sebuah negara Islam terhadapnya. Berdasarkan analisis, dapat dirumuskan bahawa al-Qaraḍāwiy diakui sebagai tokoh yang berwibawa dalam kalangan ilmuwan di peringkat global dan bukan sekadar dalam negara-negara Islam. Adalah disarankan agar kajian tentang trend penyelidikan mengenai tokoh Islam yang lain dilaksanakan, untuk mengenal pasti tahap pengaruh mereka

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Thuraya
thuraya@usm.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS)
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: 0128-0902
Volume: 11
Number: Issue2
Page Range: pp. 1-17
Keywords: al-Qaraḍāwiy, Penyelidikan, Islam
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124491
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 124491.pdf] Text
124491.pdf

Download (399kB)

ID Number

124491

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details