Abstract
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada 1985 oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dasar ini merupakan kesinambungan daripada usaha-usaha kerajaan yang telah dilakukan seperti penubuhan pelbagai organisai berteraskan Islam serta pengukuhan Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Selaras dengan itu, organisasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut berusaha ke arah penerapan nilai-nilai Islam dalam organisasi bagi menghakis pengaruh tradisi tentera British yang bertentangan dengan tradisi Melayu dan Islam. Penubuhan Kor Agama angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) pada tahun 1985 merupakan salah satu usaha ke arah pematuhan syariah dalam ATM. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka usaha-usaha KAGAT untuk memenuhi keperluan pematuhan syariah dalam organisasi ATM. Selain itu, objektif kajian ini juga adalah untuk mengkaji pendekatan yang dilaksanakan untuk kepatuhan kepada Syariah di ATM. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan semakan dokumen sebagai kaedah pengumpulan data. Manakala kaedah analisis tematik digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan usaha-usaha pematuhan syariah telah dilaksanakan secara efektif dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Pematuhan Syariah telah meningkat dan membawa impak yang baik terhadap kejayaan KAGAT dalam pelaksanaan dakwah secara lebih menyeluruh dan berterusan untuk membina Angkatan Tentera Malaysia yang berwibawa serta mempunyai daya tempur yang kuat serta rohani yang mantap. Kajian ini akan mengisi kelompangan literatur berkenaan dengan aspek pematuhan Syariah dan kaedah yang digunakan di ATM kerana kajian seperti ini masih begitu kurang diteroka oleh para pengkaji lepas.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Jalal, Burhanuddin burhanuddin@upnm.edu.my Basir, Siti Arni sitiarni@um.edu.my al-Banna Mohammed, Hassan hassan.albanna@upnm.edu.my Mohd Nasir, Badlihisham badlihisham@utm.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > Malaysia B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS) |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
| ISSN: | 0128-0902 |
| Volume: | 8 |
| Number: | Issue3 |
| Page Range: | pp. 379-398 |
| Keywords: | Angkatan tentera Malaysia, Keselamatan, Patuh syariah, Pertahanan |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124468 |
