Adab dalam keberkatan ilmu

Muhamad Hanafi, Nurfazilahaini and Nik Abdul Majid, Wan Zurina (2025) Adab dalam keberkatan ilmu. Accounting Inkwell Quarterly, 1 (1): 10. pp. 29-31. ISSN 3030-5098

Official URL: https://sites.google.com/view/aiqac/home

Abstract

Di era kemajuan teknologi dan kehidupan moden, penekanan terhadap kecemerlangan dalam pendidikan akademik lebih diberikan keutamaan sedangkan penekanan adab dan tingkah laku pelajar semakin diremehkan. Pemahaman adab bagi pelajar hanyalah sekadar memberi salam ketika bertemu dan tidak lebih daripada itu sedangkan adab seorang pelajar ketika menimba ilmu dengan seorang guru adalah lebih dari sekadar memberi salam. Nabi Muhammad SAW sangat menekankan aspek adab dalam menuntut ilmu. Imam Malik Ibn Anas ada menyatakan.“Belajarlah adab sebelum kamu mempelajari ilmu”. Adab dengan ilmu adalah seperti penguasaan ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui guru dan rujukan buku. Ilmu mesti dipelajari daripada guru berkemahiran untuk mengelak kekeliruan, seperti ditegaskan ulama terdahulu yang mengatakan bahawa “janganlah mengambil ilmu daripada orang yang mengambilnya secara langsung daripada buku tanpa mempelajarinya daripada para guru. Sesiapa yang mengambil ilmu terus daripada buku, maka ia berkemungkinan keliru dan menyimpang dari kefahaman yang benar” (Nurul, 2023; Adibah, 2019). Namun, kemudahan teknologi mendorong pelajar mendapatkan pelbagai maklumat melalui platform seperti YouTube, Instagram, Facebook, Tik Tok dan sebagainya. Perkara ini amatlah membimbangkan para guru sekiranya sumber maklumat yang didapati daripada platform tersebut adalah tidak tepat dan sekaligus membawa pengajaran yang tidak bermanfaat. Menurut Adibah (2019), penyampaian ilmu bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi ia melibatkan pembentukan sahsiah diri dan penambahan kefahaman terhadap pendidikan, di mana semua ini hanya akan diperolehi melalui contoh dan pengajaran daripada seorang guru yang beradab dan berilmu.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhamad Hanafi, Nurfazilahaini
nfazila428@uitm.edu.my
Nik Abdul Majid, Wan Zurina
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Accountancy
Journal or Publication Title: Accounting Inkwell Quarterly
ISSN: 3030-5098
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 29-31
Related URLs:
Keywords: Islam and education, Learning, Religious ethics
Date: 8 April 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124369
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 124369.pdf] Text
124369.pdf

Download (3MB)

ID Number

124369

Indexing

Statistic

Statistic details