Abstract
Alkohol adalah satu istilah yang sinonim dengan arak, sejenis minuman yang dilarang dalam Islam. Justeru itu, muncul tanggapan bahawa kehadiran etanol yang turut dikenali sebagai alkohol, juga tidak dibenarkan dalam makanan halal. Ini secara tidak langsung menyebabkan kehadiran atau penambahan etanol dalam makanan menjadi satu isu yang cukup berkontroversi di kalangan pengguna Muslim. Dengan nilai terkini pasaran global makanan halal yang dianggarkan bernilai USD 600 billion dolar, hal ini bukan sahaja merupakan isu agama malahan turut menjadi satu isu ekonomi. Justeru itu, kertas kerja ini dihasilkan untuk
menjelaskan mengenai persoalan alkohol (arak dan etanol) dalam makanan halal melalui tinjauan ilmiah. Tinjauan mendapati terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama mengenai status etanol. Ini berbeza dengan kesepakatan ulama tentang pengharaman arak dalam Islam. Terdapat dua pandangan utama dalam kalangan ulama Islam mengenai status etanol. Sebahagian ulama tidak membenarkan etanol. Manakala
sebahagian yang lain pula membenarkan kewujudan etanol dengan syarat-syarat tertentu. Ini merujuk kepada bagaimana etanol ini wujud (secara semulajadi atau ditambah untuk membantu pemprosesan makanan) dan peratusan akhirnya dalam makanan dan minuman halal.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. A, Anis Najiha UNSPECIFIED W. A., Wan Nadiah UNSPECIFIED |
Subjects: | K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Halal food T Technology > TP Chemical technology > Fermentation industries. Beverages. Alcohol > Distilling > Alcohol (Ethanol) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus > Industry, Community and Alumni Network |
Journal or Publication Title: | Jurnal Intelek |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Jurnal Intelek (JI) |
ISSN: | 2231-7716 |
Volume: | 9 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 40-51 |
Keywords: | Alkohol, arak, had etanol, halal |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12400 |